Monday, July 03, 2017

SOFT SERVE ICE CREAM @ FAMILYMART

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya semua...amacam raya korang? Mesti meriah kan? Aku? Sangatlah sederhana dengan kesihatan tak menentu sepanjang cuti raya haritu.

Apa pun, aku nak share dengan korang walaupun aku rasa korang mesti dah tahu dulu sebelum aku. Hehehe...
Korang biasa dengar FamilyMart? Ala..yang macam Seven Eleven tu tapi ni lain sikitlah. Cumanya bukan nak cerita lanjut pasal FamilyMart ni tapi mengenai ais kerim yang ditawarkan disana. Soft serve ice cream, Matcha or Green Tea dan juga French Vanilla.

Hendak dijadikan cerita, kawan aku, Azwa selalu share gambar makan soft serve ice cream dalam group whatsapp dan juga instastory dia. Makanya aku yang sememangnya peminat ais kerim ni mulalah tak keruan nak mencuba. Daripada sebelum Ramadan membawa ke Ramadan sampailah ke Hari Raya, barulah merasa ais kerim ni.

Last week, aku dan family lepak-lepak kat KLIA2 untuk tengok kapal terbang. Saja je la...

Masa berjalan ke arah ruang untuk melihat kapal terbang tu, terus ternampak FamilyMart. Ingatan terus kepada ais kerim matcha tu...dan dengan langkah laju, terus pergi kaunter tanya ais kerim matcha tu. Sejenis kegigihan yang kadang-kadang macam tak bertempat tapi sebab dah alang-alang jumpakan, apa salahnya mencuba.

Harga RM3.50 satu. Rasanya memang sedap dan very lite taste. Tak manis pun...just nice dan very creamy dan soft sangat texture..ye la, dah nama pun soft serve kan...hehehe. 
Mohon jangan marah dengan muka hakak yang begitu..nikmat sangat kekdahnya..hahaha. Kalau korang belum cuba, recommended. 

Okay...till we meet again

10 comments:

  1. haha..dah cuba and memang sedap.Rasa green tea dia memang 'kaw'..

    ReplyDelete
  2. Tengok gaya makan ais krim dah tahu sedap..

    ReplyDelete
  3. terliur sudah..macam sedap je ainim..aduhhh..mana nak cari kat jb ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ni kena pegi klia2 baru dpt

      Delete
  4. Dekat opis baru bukak...Beratur org... =)

    Jom join : http://thisni3zahata.blogspot.my/2017/07/aidilfitri-giveaway-by-faye-and-friends.html

    ReplyDelete

My friend say: