Tuesday, July 04, 2017

Poster Gadis Mineral Shell | Bila Akak Letak Dilutut

Assalamualaikum



KUALA LUMPUR: Syarikat minyak gergasi Shell, mengarahkan poster gadis 'air mineral' ditarik balik dari semua stesen mereka berkuat kuasa serta-merta sejak semalam.

Ia susulan tindakan tidak bertanggungjawab beberapa individu yang bertindak 'mencabul' dan melakukan pelbagai aksi tidak senonoh terhadap poster gadis tersebut yang dikenali sebagai Nor Shafila Khairusalleh, 25 tahun.  SINI
Terbaca berita ini di awani.com. Sebenarnya dah perasan mengenai tular isu ni di Twitter since few days ago. Terkejut juga bila baca. First impression aku.. "Hello!! It's just a picture...." Jujur cakap, aku tengok gambar lelaki-lelaki yang berkelakuan tak senonoh tu rasa nak menyekeh je. Hmm..sabar Anim sabar.

Benarlah kata orang, tajamnya mata lelaki ni boleh tembusi badan wanita. Imaginasi mereka tak terbatas. Walaupun seelok mana pemakaian seorang wanita, kalau dah namanya lelaki (taklah semua) kau tetap tak boleh jangka apa-apa. 

Cumanya...perkara ini memang melampau batas. Tiadakah perasaan malu berkelakuan sedemikian. Aku kirakan lelaki yang di dalam gambar tular tu pastinya dah berkahwin, kalau dilihat dari segi tubuh badanlah. Takde ke perasaan malu kalau isteri dan anak-anak kalian yang terlihat gambar tu? Please..nak buat sesuatu, tolong fikir buruk baik kesannya pada diri.

Bangga ke gambar tular macam tu? Kalau sedang berjasa, tak mengapalah jugakan? Bolehlah diberi pujian. Ni yang orang cakap, bila akal letak kat lutut. Ikutkan nafsu. Dah tentu-tentu gambar saja. Jagalah kelakuan, walau kat mana pun berada. Kalau ya pun nak bergurau, bukan begitu caranya ya. Banyak lagi cara lain...kalau setakat buat ekspresi terkejut ke, okaylah juga. 

Wajarlah pihak Shell ambil tindakan sedemikian daripada memburukkan lagi keadaan. Jaga juga aib gadis yang menjadi model tu juga. Sudah tentu wujudkan rasa malu dan tidak selesa apatah lagi kepada empunya diri dan keluarga dia.

Maaflah, bahasa agak kasar dalam entri ni...cumanya diharap masyarakat kita ni sedarlah. Hidup didunia moden tapi tahap pemikiran masih ibarat primitif. Adab perlu ada, tak kisahlah apa bangsa dan jantina sekalipun. Sikap kita mampu jadi cerminan apa yang bakal berlaku kepada generasi akan datang. Perkara itu paling kena sedar. 

Apa pun, stoplah tularkan gambar-gambar yang tak senonoh tu. Gadis tu dah tentu merasa diaibkan. Si pelaku pun mungkin juga dah sedar akan kesalahan diri (mari bersangka baik). Moga ini jadi iktibar buat kita semua (termasuk yang tengah menulis ni juga). 

Wallahualam...

8 comments:

  1. Replies
    1. tu la...semoga dorg ni sedarlah hendaknya

      Delete
  2. Tak semua lelaki begitu tapi memang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..tak semua tapi mmg lumrahnya begitu

      Delete
  3. lain kali letak model lelaki la pulak..

    ReplyDelete
  4. aduhai, ari tu ada juga terbaca dkt fb..mcm2 skg ni kan..ksian gadis dlm poster tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita dpt jadikan ini sebagai iktibar

      Delete

My friend say: