Monday, July 10, 2017

Mulakan Hari Ini JUGA

Assalamualaikum...

Selamat hari Isnin semua...ada yang masih berpuasa enam? Atau ada yang menggantikan puasa? Haa...kalau ada, kita geng. Haha
Image : Google
Hari ni aku baru berpeluang untuk mula menggantikan puasa yang ditinggalkan masa bulan Ramadan yang lalu. Selalunya, tiap-tiap tahun memang aku habiskan ganti dalam bulan Syawal juga so that, takde nak kelam kabut hujung Syaaban baru nak mengganti. 

Cumanya tahun lepas memang kelaut sebab keadaan kesihatan yang terganggu. Makanya, sipi-sipi nak habis bulan Syaaban baru dapat selesaikan ganti puasa. 

Bila bercakap bab ganti mengganti ni, aku yakin ramai kawan-kawan kat luar sana tu spesies aku juga. Ganti dalam bulan Syawal. Ye la, kita awalkan ganti supaya kemudian hari senang. Kita takkan tahu bila kita sihat dan bila waktu kita sakit. Kan? Contoh macam aku ni, keadaan kesihatan selalu tak menentu. Hari ni sihat, esok demam pulak..begitulah demikiannya.

Image: Google
Memanglah dalam bulan Syawal ni terutama yang bekerja dipejabat tu, selalu akan ada open house unitlah, bahagianlah...kawan jemput makan, kita pun lajulah langkah. Rezekilah katakan, takkan nak ditolak. Aku pun bab makan memang suka..hahaha siapa tak suka makan? Cumanya kenalah kuatkan iman bak kata orang. Tolak elok-elok...kalau ada yang baik hati nak tolong bungkuskan, itu kira bonuslah untuk korang. 

Elok kita ganti awal, lagipun ganti puasa tu WAJIB. Memang susah sikit bila bukan dibulan Ramadan terutama dibulan Syawal TAPI percayalah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Dah setel ganti puasa, boleh buat puasa sunat pula. Dah selesai ganti, takde nak fikir dah berapa hari nak kena ganti. Kalau orang dok post pasal kiraan berapa nak menuju Ramadan, korang dah takde fikir, ada lagi ke puasa nak kena ganti..haha

Image : Google
Kalau dah berniat nak ganti tu, elok kita mulakan sekarang juga. Takut-takut, kalau tangguh nanti datang penyakit M (malas) tu. Sekali datang bukan senang nak pergi pula. Apa pun, tahniah kepada korang yang berjaya menggantikan puasa dan berjaya juga selesaikan puasa 6. Sesungguhnya korang memang tergolong dalam orang yang imannya kuat. Alhamdulillah...semoga puasa dan amalan kalian diterima Allah SWT....aminnnn

Wallahualam

2 comments:

My friend say: