Friday, June 23, 2017

Selamat Pulang Ke Kampung Halaman

Assalamualaikum...

Pejam celik, pejam celik..dah nak raya pun kita. Tinggal lagi sehari dua je lagi.

Ada yang sudah bertolak pulang ke kampung ke? Ke ada yang pulang dimalam raya? Apa pun, ambillah langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya sebelum meninggalkan rumah ya. Jangan lupa update pada jiran tepi yang tak balik kampung tu. Bolehlah tolong tengokkan rumah yang kosong lama tu.

Kalau yang pulang ke kampung tu, berhati-hatilah dijalan raya. Dimusim perayaan ni, jalan jem takyah cakaplah...tengok info trafik, merata-rata jalan jem terutama dilebuh raya utama seluruh negara. Dari utara ke selatan, dari timur ke barat...dengarnya, trafik udara pun sibuk juga sebab yang pulang bercuti menggunakan kapal terbang pun ramai..ke Sabah, Sarawak..sesetengah prefer untuk fly rather than drive ke kampung..elak penat.

Disini, aku share beberapa perkongsian menarik (pada aku la) untuk korang yang bakal melakukan perjalanan pulang dan balik semula dari kampung tu.


Selamat memandu kepada semua yang pulang ke kampung...berhati-hati dijalan raya. Jangan kelam kabut drive ya...Ingatlah beberapa perkara ni

1. Beri signal sebelum nak memotong
2. Jangan memandu dilaluan kecemasan
3. Jaga jarak selamat kenderaan anda dengan kereta di hadapan
4. Pastikan baki Touch & Go anda cukup
5. Dapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan
6. Jangan berhentikan kereta semata-mata nak melihat kemalangan yang berlaku, elakkan kesesakan
7. Pastikan minyak kereta cukup untuk perjalanan yang jauh
8. Paling penting, PASTIKAN KENDERAAN anda berada didalam keadaan yang baik. Jangan lupa service kereta dulu.

Semoga korang selamat sampai ke destinasi yang dituju.

SELAMAT HARI RAYA

4 comments:

  1. TOUCH N GO DAH LAMA topup..petang ni dah nak balik kampung..

    ReplyDelete
  2. Kalau rebate yiap2 hari kan bagus.

    Selamat hari raya.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri Ainim!!! =)

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya ainim..hati-hati di jalan raya.semoga selamat semuanya..

    ReplyDelete

My friend say: