Friday, December 23, 2016

G.T.C.M. Back To Nature FRIM 2.0 [Part 3]

Assalamualaikum...

Ni last part...Part 3. Part 1 & Part 2 ada kat SINI dan SINI
Selepas selesai meredah Denai Keruing..tibalah masanya untuk kami memulakan aktiviti Canopy Walk yang sememangnya tujuan utama program ini. Semua dah teruja tau nak naik Canopy Walk tappppiiii...kami kena meredah + mendaki setinggi lebih kurang 500 meter untuk sampai ke tapak permulaan Canopy Walk.

Haa....bab ni aku sedikit gementar sebab menurut Uncle, kita akan mendaki sedikit sebelum sampai ke puncak. Gitu..bukan apa, aku kan pernah ada sejarah jatuh bukit. Itu yang buat aku nervous tu. Doa banyak supaya tak jatuh.
Memulakan pendakian ini, kami diminta untuk bergerak dengan peserta yang kecil naik dahulu dan disusuli dengan yang berbadan besar. Uncle ikut dari belakang. Rupanya payah juga nak hiking ke atas tu..menggigil kepala lutut hakak nak daki. Cumanya takde la tough macam daki gunung tu.  

Setibanya kami di tapak permulaan Canopy Walkway tu, kami diberi taklimat ringkas berkaitan peraturan yang perlu kami patuhi sebelum memulakan perjalanan kami untuk meniti Canopy Walkway tu. 



Kami bergilir secara berkumpulan untuk berjalan di atas Canopy Walkway tu. Tiba turn aku, Ya Allah...tinggi rupanya dan bila pandang ke bawah, memang sayup je pandangan tu. Gigil jugalah mulanya kaki nak melangkah terutama bila titi tu mula bergoyang sebab orang belakang dah start jalan. 

Ada 2 pit stop di Canopy Walkway tu. Disalah satu titian tu, kami difahamkan ketinggiannya mencecah 1000km di atas paras laut. Tinggi tu tau. Kalau korang jenis gayat, better jangan naik Canopy Walkway ini unless korang berani cabar diri korang.

Alhamdulillah, kami semua berjaya melalui Titian Canopy ni dan setelah itu kami mula menuruni bukit bagi melengkapkan program pada hari itu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan banyak ilmu yang berguna kami perolehi hari itu. Selain daripada mengeratkan hubungan di antara kengkawan yang join hari itu, kami dapat menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan.



Harapnya dapatlah join lagi aktiviti macam ni nanti...

Okay...till we meet again

2 comments:

  1. dah lama tak ke FRIM...ada anak kecik ni, pusing sikit2 boleh la kot...hihi

    ReplyDelete
  2. hai awakk..dulu rasa penah je singgah blog sini..skng kite aktif blog balik..hehe..anyway thanks for sharing ya <3..sy suka aktiviti cm tu tapi buat masa ni blemum dapat buat.. tggu la lepas deliver nanti.. ape yg tergendala nak buat semua

    ReplyDelete

My friend say: