Sunday, October 23, 2016

Shokutbutsu Be My Reason Shower Run 2016 ; Who Will Be Your Reason To RUN?

Assalamualaikum...

Lama betul tak update blog ni. Busy sangat lepas balik dari Sarawak last month. Hmm...maklumlah bulan Oktober ni pulak busy dengan aktiviti larian. Hampir setiap minggu ada running event, so memang tak dapat nak menjengah blog ni.

Oh ya, bulan Oktober sememangnya diiktiraf sebagai bulan bagi kesedaran mengenai kanser payudara. Makanya boleh dikatakan setiap minggu mesti ada acara larian yang dianjurkan bagi menyokong kesedaran mengenai kanser payudara and one of that adalah Be My Reason Shower Run 2016 yang dianjurkan oleh Southern Lion Sdn Bhd, pengeluar barangan penjagaan diri seperti Shokubutsu.
Aku berpeluang untuk menyertai acara larian yang dianjurkan oleh Shokubutsu sebagai sokongan bagi kempen kesedaran mengenai kanser payudara. Diadakan pada 9 Oktober 2016 yang lepas iaitu sehari selepas Hari Sukan Negara bertempat di The Arc by Rimbayu, Shah Alam. Tempat lariannya memang best sebab ibarat berlari dalam taman walaupun sebenarnya kawasan perumahan. Hahaha.

Aku dan kawan aku, Kak Fiza keluar rumah seawal pukul 6:05am untuk ke tempat larian. Sampai je sana, para peserta ada yang dah start berzumba tau. Well, dah nama pun Shower Run kan, kami para peserta larian dihujani dengan bubbles seawal pelepasan larian lagi. Wah, dah macam dalam cite fantasy tu, ada bubbles. Track larian adalah sepanjang 5km. Okay la tu, sebab fun run. Biasalah time lari, macam-macam gelagat peserta kau boleh tengok dengan sesetengah peserta yang sangat kreatif dalam berpakaian. Ada hadiah untuk best dress tau.
Di akhir larian, kami dihujani pulak dengan pancuran air serta bubbles. Wow, ini part yang paling aku suka sebab dah penat berlari pastu ada pancuran air, ibarat macam mandilah kiranya selaras dengan objektif utama Kempen yang memfokuskan tentang pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi. Selain daripada goodies bag yang menarik disediakan, ada juga acara lain yang seperti zumba, sesi perkongsian ilmu bersama mengenai pentingnya pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi dan juga acara lucky draw.

Menariknya mengenai Shower Run ni, ia turut disokong oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM) di mana ini merupakan kerjasama kali kedua bersama Shokubutsu dan aktor popular Malaysia, Beto Kusyairy  dan isterinya Tisha Shahar sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini. Selain daripada cek bernilai RM25,000 juga turut disampaikan kepada NCSM sebagai menyokong usaha murni mereka dalam meningkatkan tahap kesedaran dikalangan masyarakat mengenai kanser payudara ini.

Program selesai dalam pukul 10 - 11 pagi macam tu. Sempat jugalah bergambar kenangan dengan finisher medal. Heee....bukan dapat medal je tau, dapat ilmu juga haritu. Maklumlah, kita orang perempuan ni sememangnya kena sentiasa peka dengan kesihatan kita apatah lagi dalam kehidupan seharian ni, macam-macam faktor boleh menyumbang kepada punca kanser payudara. 

 Hmmm..sudahkah kalian lakukan pemeriksaan sendiri payudara anda? Ewah..dah macam iklan.

Okay...till we meet again  

7 comments:

  1. tak sempat nak reg event ni huhuhu

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. Waa...rajinnya lari.
    Dah pernah pergi bandar Rimbayu ni memang best.

    ReplyDelete
  4. singgah sini..

    bestnya berlari..

    btw jemput join..

    http://www.aerillhassan.com/2016/11/pencarian-bloglist-november-december.html

    ReplyDelete
  5. Sakan berlari kan...kita kena pi kelas..sedih betul!

    ReplyDelete

My friend say: