Thursday, April 14, 2016

Trip Ke Santuari Ikan Sungai Chiling

Assalamualaikum...

Sihat ke semua? Cuaca panas sekarang ni, kena sentiasa jaga kesihatan ya. Elakkan terdedah kepada cuaca panas secara direct. Bahaya, nanti boleh kena strok haba. Okay....mari mulakan cerita.
Santuari Ikan Sungai Chiling

Hujung minggu lepas, aku dan rakan-rakan sepejabat ke Kuala Kubu Baru, Selangor. Tujuan kami untuk ke Santuari Ikan Sungai Chiling. Actually, kami dah plan nak ke sana lama la juga cuma tetibe Isnin haritu dapat idea nak ke sana. Aku, Azrin dan Azwa la mulakan plan jenjalan kitorang. Mulalah kitorang ajak Mizi, Am, Aya dan beberapa orang rakan lain cumanya, siapa yang datang ahad tu, kira orang tu je la yang confirm. 

So, after set the date and time, siap plan nak bawa makanan dan minuman...maka, Ahad tu, kami berkumpul di ofis. Memandangkan setiap daripada kami adalah dari arah yang berlainan, I mean tempat tinggal masing-masing tak searah, so kitorang plan gather kat ofis je senang. Dalam pukul 8am kami gerak ke Kuala Kubu Baru.

Aku, Azrin, Aya, Azwa, Am dan Mizi bertolak dari ofis manakala Zahir bertolak dari rumah dia je. Kitorang singgah breakfast kejap kat area KKB tu then bila Zahir sampai je, terus gerak ke destinasi tujuan. Wahhh...seriously, first time aku sampai kat KKB tu, jalan nak ke Santuari Ikan tu memang saujana mata memandang jugalah. Dapat tengok empangan selangor (walaupun air empangan surut mendadak), hutan hijau yang sejuk mata memandang.
Sungai Chiling

Alhamdulillah, dalam pkl 10am ke 1030am macam tu kitorang sampai ke Santuari Ikan tu. Berderet kereta beratur cari parking. Nah...amik, dekat 1km kitorang menapak nak pintu gerbang santuari tu daripada parkir kereta. Ramai betul orang...maybe sebab musim panas dan weekend kot. Ye la, tempat tu memang sekarang ni tumpuan...air terjun la katakan.

Sampai je, kami mendaftar dahulu dan bayar deposit untuk plastik dan kertas yang kami bawa. Oh ya, kat situ, kena bayar ye kalau bawa botol, plastik yang boleh dibuang. Disebabkan ia adalah santuari ikan, maka kebersihan disitu amat dijaga rapi bagi memastikan sungai tidak tercemar dan ikan-ikan pun terpelihara. Ya la, takkan nak bagi ikan makan sampah sarap kan???? 

Dalam 20 minit (atau lebih) kami meredah hutan yang ada dalam 7 lintasan untuk sampai ke air terjun Sungai Chiling tu. Ya ampun, terasa macam nak pergi masuk hutan mendaki bukit..gitulah lebih kurang. Aku pulak dah berapa minggu tak pergi jogging..seronok juga, keluar peluh. Fefeeling panjat bukit walaupun adakala semput je rasa..hahaha


Nasiblah dalam group aku ni, kawan-kawan sangat membantu dan bagi kerjasama yang baik time nak meredah hutan tu. Alhamdulillah, everything went well. Sampai je kat air terjun tu, memang rasa nak menjerit sebab tengok air terjun tu cantik tapi cover sikit la sebab kang orang kat situ terkejut pulak tengok aku jerit histeria kat situ. Hehehe

Apa lagi, snap 1 2 keping gambar, terus cari spot nak letak beg & makanan dan minuman yang kami bawa. Dah selesai letak barang, apa lagi kita mandi la...tapi haritu aku takdelah menyelap sangat mandi sebab kaki dah mula sakit melecet. Ceh..lagipun tak bawa getah rambut extra. Kang basah rambut, dengan getah2 tu basah skali. Tapi badan memang menggigil la berendam. Bagi ikan makan dalam sungai tu antara part paling best sebab ikan-ikan tu comel gila masa berebut nak amik makanan.

Apa pun, trip kali ni memang best. Ibarat kata orang, back to nature. Hayati keindahan alam ciptaan Allah SWT. Bersyukurlah Allah ciptakan mata air seperti air terjun untuk kita nikmati dan hayati kekuasaan Allah. Oleh itu, sememangnya wajar untuk kita jaga dan pelihara serta pulihara supaya eko sistem bumi sentiasa terjaga.

Dalam kepala dah ada next plan tapi kena tunggu masa sesuai pulak...

Okay...till we meet again. Wassalam

9 comments:

  1. mcm boleh bayang btapa sejuknya air kat situ.. alooo nk mndi air sungai jgk..T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sejuk husna..tapi memang puas hati tambahan musim panas ni kan.

      Delete
  2. ainim..mana mghilang..rindu ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je kat sini Cik Normi...tak menghilang cuma masa je tak berapa nak ada utk blogging

      Delete
  3. Haritu plan nak g dgn Syifa' tapi dia g masa hari bekerja pulak..mmg tak laa nak kesana..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kitorang pegi mmg kena tunggu weekend la sbb weekdays semua keje

      Delete
  4. Bestnya klau dpt mndi mndz air terjun

    ReplyDelete
    Replies
    1. musim panas ni memang seronoklah mandi air terjun

      Delete

My friend say: