Monday, May 11, 2015

9to5 Run.. Lari Dalam Hujan

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...selamat hari Isnin. Alhamdulillah..hari ni rasa segar sikit. Maklumlah, lepas larian 9to5 Sabtu lepas, terus badan ni rasa nak demam..
Macam yang aku cerita dalam entri INI, aku dah prepare awal-awal diri ini untuk berlari semula. Maklumlah, kaki aku kan masih belum betul-betul okay. Kesan jatuh bukit tahun lepas masih lagi belum sembuh. So, early preparation adalah bagus supaya aku dapat lari tanpa rasai kesakitan. Paling penting, Allah permudahkan segala urusan aku.

Alhamdulillah, sempurna juga acara larian pertama aku untuk tahun ini. Nak jadi cerita, pagi tu hujan turun beberapa minit sebelum larian bermula tapi acara larian tak ditangguhkan pun. Bila kami dilepaskan untuk berlari, hujan macam berhenti. TAPI..aku rasa dalam 1km lepas tu, hujan turun dengan lebatnya. Mak aii..takkan nak berhentikan? Aku cakap pada diri aku, mesti boleh teruskan larian. So, dengan gigihnya aku teruskan berlari sebab target aku nak setelkan larian tu walaupun dalam keadaan hujan. Hahahaha

Seronok juga rupanya berlari dalam hujan. Sesekali buat perangai macam tu kan. Basah kuyup tu takyah cakaplah. Peserta lain ada je yang berteduh bawah bus stop tapi aku tak nak sebab ramai sangat orang. Alhamdulillah..dalam beberapa kilometer lepas tu, hujan pun reda. 
Secara totalnya, aku rasa jarak larian tu bukannya 5km pun, sebab aku tengok rekod yang aku set melalui S Health app ni, sebenarnya jarak larian tu adalah dalam 8km. Hmm..ke sebab aku confuse route larian sebenar ek? Hahaha...tapi aku memang rasa macam jauh je berlari. Kalau 5km takdelah lama sangat lari sebenarnya. Hahahah.
Apa pun, larian kali ini memang best sebab aku langsung takde stop berlari kecuali dalam 1km sebelum sampai ke penamat, aku ada berjalan dalam 100 meter sebab aku confuse mana route nak habiskan larian. Bila dah nampak je route sebenar, aku terus lari semula. Alhamdulillah, puas hati sebab tiada masalah kali ini yang aku hadapi. Persiapan awal yang aku buat pun nampakkan hasil. 

Sebenarnya ada cerita kenapa aku boleh lari dan semangat balik nak lari..tapi itu kalau ada keperluan baru aku cerita ya.

Okay...till we meet again

9 comments:

  1. teringat tahun lepas saya join marathon ....sama kes, berlari dalam hujan jugak..hehe

    ReplyDelete
  2. kita pun pegilah program nie... 10km berlari dalam hujan... huhuuu dapat sijil dan medal (=

    ReplyDelete
  3. kita pun pegilah program nie... 10km berlari dalam hujan... huhuuu dapat sijil dan medal (=

    ReplyDelete
  4. #kipidap
    http://adengsimple.sharethisstory.net/my-671332-6970?utm_source=&utm_medium=&utm_campaign=

    ReplyDelete
  5. untung la berlari dalam hujan...dah macam Iwan dengan Amelina gittew! anyway, congrats!!

    ReplyDelete
  6. Best jugak sekali-sekali main hujan ye :)

    ReplyDelete
  7. Wah..Seronoknya..Sy x pernah join..Takut xde stamina..kiki

    ReplyDelete

My friend say: