Monday, March 30, 2015

MIHAS 2015 Kembali Lagi

Assalamualaikum...
MIHAS
Siapa yang tak pernah dengar mengenai The Malaysia International Halal Showcase (MIHAS), memang aku tak tahu la nak cakap apa. Ini ialah acara tahunan yang dianjurkan oleh Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan diuruskan oleh Shapers Malaysia. Pameran perdagangan mengenai Halal tu. 

MIHAS 2015 akan berlangsung pada 1-4 April 2015 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Selain daripada pameran MIHAS tu sendiri, ada juga World Halal Summit yang akan berlangsung sempena dengan penganjuran MIHAS ni. Oh ye, selain daripada itu, ada juga sesi Buyer-Seller Meeting atau kami panggil IBM (Incoming Buying Mission). 

Buyer - Seller meeting ni pula akan berlangsung esok 30 Mac 2015 bertempat di Menara MATRADE, Kuala Lumpur. Masa inilah buyer (international buyer) akan bertemu dengan seller (Malaysian company) untuk berbincang mengenai produk yang berpotensi untuk dipasarkan diluar negara. Haa..masa inilah peluang untuk Malaysian companies memasarkan produk mereka ke luar negara. 

So, seperti tahun-tahun sebelumnya, aku macam biasalah kena bertugas esok. Ini merupakan tahun kedua aku bertugas kat bahagian kaunter pendaftaran. Alhamdulillah..dah tak kena jadi usherette macam tahun-tahun sebelumnya. Aku ni takleh nak berdiri lama sangat. Cuma tahun ni aku jaga walk-in registration pulak. Haa..macam mana la walk-in tu ek. Selalunya walk-in ni lagi busy. Maklumlah, kena make sure company isi registration form tu dengan betul supaya maklumat mereka ni tak salah masa didaftarkan ke dalam sistem. Hmm..

Harapnya esok takdelah kelam kabut sangat. Risau juga ni. Tapi ada kakak-kakak yang banyak pengalaman nanti, takde la risau sangat kot...harap dapatlah buat dengan baik esok hari. Insha Allah...

Okay...till we meet again
*esok seharian away from workplace...daaaa

11 comments:

  1. jangan lupa saksikan persembahan dari Suwara Entertainment sempena majlis Networking Reception MIHAS :)

    ReplyDelete
  2. Good luck sis.. sampaikan salam pada Miss Migawati dan Puan afzan ye.. ckp kat dia moomoo kirim salam.. dorang tau lah sape.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moomoo saya tak kenal, tapi kalau afzan tu saya kenal sbb dia pernah keje dgn MATRADE

      Delete
  3. wah....boleh la pergi yg berdekatan tu...

    ReplyDelete
  4. Ada juga beberapa kali pernah bertugas di sini

    ReplyDelete
  5. Best arr program spt ni..lau dkt blh gak join

    ReplyDelete
  6. Moomoo tu saya.. sbb afzan panggil saya moomoo..hehe

    ReplyDelete
  7. Uish.. Bila bc tu, terasa kesibukannya.. :)

    ReplyDelete
  8. maaf, saya mahu bertanya . harini saya ke MIHAS tapi pihak yang bertugas tidak membenarkan saya masuk . kenapa yer .?? ada hari-hari yang dikhaskan ker??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain datang sebagai public atau trade visitor? sbb mihas ni selalunya last day tu yang dorang open to public...mihas2015 ni, 4hb ni open to public

      Delete

My friend say: