Friday, January 16, 2015

Bahaya Lidah Atau Jari?

Assalamualaikum...
Selamat pagi. Hari ini baru dapat update blog. Semalam tuan blog kurang sihat sikit. Oh ya....ada yang bercuti hari ni kan? Selamat berhujung minggu ya.

Perkongsian menarik kali ini berkaitan bahaya lidah. Teringat pepatah, 'Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa'. Begitulah perumpamaan yang menggambarkan betapa bahayanya lidah manusia. Ada satu lagi kata-kata yang menyebut, lidah itu lebih tajam daripada mata pedang. Kerana setiap apa  yang kita ucapkan mampu memberi kesan samada baik atau buruk. Tak perlu kot nak bebel panjang. Di dalam gambar di atas dah explain secara ringkas dan padat.

Cuma zaman sekarang, jari kita ni pun sudah ibarat seperti lidah. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab dizaman serba moden dan canggih, kita sering menjadi alat komunikasi seperti 'smartphone' sebagai medium untuk berhubungan dengan kenalan terdekat kita. Hanya perlu guna jari untuk taip dan tekan button di telefon atau pun di komputer. Masyarakat zaman sekarang ni (lebih baik secara general), banyak berbual menerusi applikasi seperti Whatsapp, Wechat dan juga menjadikan laman sosial seperti Facebook dan Twitter untuk menyampaikan sesuatu.

Bukanlah hendak bersangka buruk ya kengkawan. Cumanya macam yang aku cakap kat atas tadi, jari kita juga boleh jadi punca kepada fitnah dan umpat keji. Percaya atau tidak, semua itu sebenarnya sudah pun terjadi. Lihat sahaja fitnah yang disebarkan melalui media massa. Mereka yang sebarkan berita buruk ini tidak perlukan lidah untuk bercerita sebaliknya cukup dengan menjadikan laman sosial dan aplikasi seperti yang aku mentioned kat atas tu sebagai medan penyebar. Astaghfirullahalazim.

Walau apa pun, aku berharap kita sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran ini, mampu untuk membezakan antara baik dan buruk. Baik diselidiki setiap sesuatu info yang kita perolehi. Bukan apa, takut-takut apa yang kita baca itu hanyalah rekaan dan fitnah semata-mata. Moga-moga kita semua terhindar daripada fitnah dan umpat keji manusia ya. 

Wallahualam...

5 comments:

  1. Alhamdulillah salam jumaat ainim

    ReplyDelete
  2. Huhu...Semoga kita x jadi "keyboard worrior"..kiki

    ReplyDelete
  3. Lidah ke, jari ke (zaman sekarang ni) sama bahaya...huhuhu

    ReplyDelete
  4. senang kata, susah jadi blogger ni haa...hikhik...diam mulut tangan ligat..vice versa :D

    ReplyDelete
  5. Salam Jumaat ainim...perkongsian yang baik...jari mahupun mulut, semua diambil kira oleh Allah kan Ainim...^_^

    ReplyDelete

My friend say: