Monday, November 17, 2014

Pesan Buat Diri

Assalamualaikum...

Image; Tumblr
Selamat pagi. Alhamdulillah, berkesempatan untuk update entri pagi ini. Entri pagi ini simple je la ya. Sebagai permulaan, marilah sama-sama kita renungkan kata-kata di atas. 
Do Not Judge Her For Who She Was
Rather Accept Her For Who She Is Now
Setiap daripada kita pasti punya kisah silam tersendiri. Samada ianya baik atau tidak untuk dikenang, janganlah kita jadikan ia sebagai kayu ukur kepada apa yang kita lihat sekarang. Jika seseorang yang punya kisah silam yang suram tetapi kini dia telah berhijrah, maka janganlah kita ungkit perkara silamnya itu. Tiada manusia yang sempurna di dalam hidup ini. Hanya Allah SWT Maha Sempurna.

Siapa tahu, mereka yang dulunya mungkin agak terlalai di dalam hidup kini lebih mulia daripada kita. Mungkin hijrahnya itu lebih ikhlas daripada kita yang sudah dibiasakan dengan norma hidup yang kita rasa sempurna. Mungkin kini dia lebih banyak pengetahuan daripada kita sedangkan kita mungkin terlena dibuai khayalan kita.

Seharusnya kita bersangka baik dengan perubahan seseorang ke arah yang mulia. Jangan sesekali kita bersangka buruk. Walau apa pun sebab musabab hijrah seseorang samada kerana kesedarannya sendiri atau kerana mengikut orang, asalkan ia mampu membawa ke arah kebaikan, dan menjadikan kecintaannya pada Yang Maha Esa itu lebih mendalam, itu lebih baik. 

Andai kerana kesedarannya sendiri, syukur Alhamdulillah pintu hatinya terbuka untuk berubah. Allah lorongkan hatinya dan makbulkan doanya untuk berhijrah. Andai mungkin perubahannya kerana seseorang, tak mengapa. Siapa tahu mungkin orang itu yang menjadi perantara Allah untuk merubah dirinya. Asalkan perubahan itu ke arah kebaikan, pada aku itu lebih baik kerana ada dikalangan kita yang perlukan bimbingan. Jika kita bertemu dengan mereka yang mampu membimbing, tidaklah menjadi masalah.

Apa pun, siapa dia dahulu tidak semestinya menggambarkan siapa dia sekarang. Andai kita faham apa itu hijrah, apa itu perubahan, maka kita tidak akan sesekali menjadi hakim dunia. Walau siapa pun dia dahulu, jika dia benar-benar telab berubah maka kita ambil iktibar agar kita juga sentiasa berwaspada dan sentiasa berusaha untuk meningkat keimanan diri.

Pesan buat diri.

Wallahualam...

6 comments:

  1. Singgah pagi disini..doakan yang terbaik untuk kita semua..

    ReplyDelete
  2. Betul tu... Iman ada psg surutnya...

    ReplyDelete
  3. betul tu.. jangan pandang atau hukum seseorang berdasarkan siapa dia sebelumnya. bukan urusan kita sedangkan sebaik-baik penilai adalah Allah ^^

    ReplyDelete
  4. I agree..

    thank you for sharing this kekadang kita ni lupa sibuk menilai hidup orang lain dan menjadi hakim pulak sedangkan..... (fill up the blanks). Miss reading ur blog ainim hari ni nak baca hehe

    ReplyDelete

My friend say: