Tuesday, November 11, 2014

#Pepero Day!

Assalamualaikum...



Image Source: VisitSeoul

Korang minat makan biskut panjang Pepero? Ala..kotak paling famous warna hijau sebab salut kacang tu. Aku suka juga tapi dah lama tak makan. Sebenarnya, Pepero ni ada cerita tersendiri tau. Menarik pada aku.

Hari ini 11 November merupakan Pepero Day di Korea Selatan. Kiranya ala-ala macam Valentine's Day la kononnya. Cumanya bukanlah sebab kisah yang macam Hari Valentine tu tapi mengikut sejarah awalnya, ianya diraikan bagi memberi peransang ataupun harapan untuk kurus dan tinggi. Kan, biskut pepero tu sendiri kurus dan panjang. Nampak tak logiknya di situ. Namun, pada zaman sekarang, ianya diraikan lebih kepada menyemai atau menunjukkan rasa sayang dan cinta kepada seseorang. 

Haa..kreatifnya la orang Korea ni ya. Dari teknologi, sampai ke benda makan begini pun dorang boleh buat perayaan. Kalau nak tahu, Pepero Day ni antara sambutan yang agak besar dan meriah tau terutama dikalangan muda mudi Korea tu. Waktu ini mereka akan bertukar-tukar pepero sesama mereka. Ada yang bagi banyak. Kadang tu pernah juga aku dengar ada yang sampai tak muat bilik sebab banyak dapat pepero ni. Haa...adeh, berapa tahun nak habis makan tu? 

Pepero ni didatangkan dalam pelbagai perisa dan juga packaging. Kalau korang pergi Korea tu, macam-macam jenis sampai rambang mata kot. Kalau kat Malaysia ni terhad juga sebenarnya. So, dah makan pepero ke hari ni? Hahaha

Kalau nak lebih maklumat lanjut pasal Pepero ni, klik link INI ya

9 comments:

  1. Alamak....tak tahu,, Ni baru tau :)

    ReplyDelete
  2. Kalau dalam cite kat korea tu, mesti ada games makan pepero ni.
    Saya pun dah lama tak makan.
    Yang kotak warna hijau sedap.

    ReplyDelete
  3. nak sambut papero day jugak la..nk main gigit2 papero dengan suami nanti..ahahhah...hampeh bunyi nya!

    ReplyDelete
  4. Serius lya x pernh gi rasa, kat cne x da lgi pernh lya jumpa

    ReplyDelete
  5. hihi jujurnya baru kenal papero ni.....hihi

    ReplyDelete
  6. Sedap nie. Kalaulah saya dapat makan..

    ReplyDelete

My friend say: