Wednesday, November 26, 2014

Keputusan UPSR 2014

Assalamualaikum...
image: Google
Setelah beberapa kontroversi yang melanda UPSR 2014 dan adik-adik kita juga terpaksa menduduki semula peperiksaan berkenaan, maka kini tibalah pengakhirannya. Hari ini akan keluar keputusan UPSR 2014 yang sangat dinantikan.

Haa...confirm adik-adik kita ni berdebar ya. Macam-macam perasaan adakan? Biasalah adik-adik, perasaan tu pasti akan ada. Akak ni dulu pun sama je. Tapi result aku dulu tak elok pun. Jujur cakap je la. Banyak main aku ni...dan aku lambat tangkap sesuatu pelajaran yang diajar. Hehehe.

Apa pun, semoga adik-adik diluar sana mendapat keputusan yang baik. Apa yang pasti, usaha telah dilakukan dan tawakal dan redha je la ya. Berdoalah banyak-banyak supaya keputusan nanti mampu buat diri adik tersenyum ye. Apa pun, jangan bersedih andai result tak seperti yang adik inginkan. Ini baru UPSR, masih banyak dan panjang  lagi perjalanan hidup. Andai ada yang kecundang, jangan risau, pastikan kelemahan dan kekurangan tersebut diperbaiki pada masa hadapan.

All the best adik-adik

Okay...till we meet again

5 comments:

  1. mak anak adik kakak semuanya berdebar...

    ReplyDelete
  2. adik ayie ambik result hari ini tpy dia kne tunggu lewat sikit kot bru ambik sebb tgh exam SBA sek agama skrng..

    ReplyDelete
  3. Tahniah diucapkan kepada semua calon yang berjaya mendapat Keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR 2014.. ;)

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat yg berjaya... Yg belum.berjaya... Byk masa utk perbaiki diri..

    ReplyDelete

My friend say: