Saturday, October 25, 2014

Santai @ Chemistry Café+Lab

Assalamualaikum...
Jom bercerita pasal makan. Aku ni kan memang suka bab-bab makan ni. Tapi ni cerita ahad lepas. Kisahnya, aku dan kembar ke DeQoya, Alam Avenue, Shah Alam untuk membeli blouse. Kami kan dah jadi loyal customer DeQoya. Maklumlah, kualiti bagus, harga pun berpatutan. Selesai urusan kat DeQoya, aku dan kembar singgah pulak ke Butik ShawlByVSnow. Haa..tu kan antara tempat wajib kalau pergi Shah Alam. Kat situ kami berjumpa dengan kawan kami Dila.

Disebabkan masing-masing lapar, kami decide nak pergi makan sesama. So, aku ajak Dila dan kembar ke Chemistry Café+Lab. Tapi Dila tunjuk jalan sebab aku tak pasti kat mana. Chemistry Café+Lab ini terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Belakang Hospital Shah Alam yang bakal dibuka tahun depan.

Dah lama nak pergi situ. Selalu tengok dalam instagram kengkawan. Kali ni merasa pulak pergi. Jom tengok apa yang aku, kembar dan Dila order kat situ.
Iced Caramel Macciato. Kembar kaa sedap. Ikut tekak orang suka kopi, memang sedap. Aku taklah sebab memang tak minum kopi. 
Chocolate lava cake. Silap sikit sebab kek ni sejuk. Biasanya chocolate lava selalunya dihidang panas dan bila kita makan, chocolate dalam kek tu akan keluar cair. Tapi tetap sedap. Ada aiskrim vanila on top of the cake.
Strawberry Cheese Cake. Best dan rasanya sedap. Just nice manisnya tapi kalau lagi banyak cream, lagi menarik.
Chocolate chunky. Aku suka ni. Rasa dia ada lebih kurang rasa oreo chocolate blended pun ya. Cookies and cream pun ya tapi sedap. Ice blended la katakan. Aku suka chocolate. Tapi straw tu tak cukup panjang untuk minum sampai bottom glass tu.
Ni pula caffe latte tak silap aku. Dila yang order. Tapi sedap katanya. 

Santai minum petang kat sini memang best. Bersembang sampai tak sedar masa berlalu. Harga lebih kurang standard korang pergi restoran kat luar sana tu. Puas hati cuma boleh diperbaiki daripada segi service. But overall, memang puas hati. Kira boleh ulang datang lagi.

Kalau berminat nak datang, boleh pergi ke alamat ni:
Chemistry Café+Lab
26 Jalan Kristal J7/J Seksyen 7
40000 Shah Alam, Malaysia

Okay...till we meet again

2 comments:

  1. Bila2 klaau dtg shah alam bllh la try pi cne ni

    ReplyDelete
  2. menarik nya konsep..ritu tgk kak azhafizah buat review jugk cafe ni..

    ReplyDelete

My friend say: