Wednesday, October 08, 2014

Gerhana Bulan & Dua Fenomena Alam

Assalamualaikum...
image: Google
Selamat malam. Korang dah standby dekat balcony rumah? Dah standby dengan teleskop bagai? Ke ada yang dekat Planetarium untuk saksikan gerhana bulan berdarah. Gerhana bulan berdarah? Amboi..kemainkan. Sebenarnya bukan bulan tu keluar darah pun. 
Fenomena gerhana bulan merah yang turut dikenali sebagai 'Gerhana Bulan Berdarah' terjadi apabila kedudukan Bumi terletak pada kedudukan sejajar di antara Matahari dan Bulan. Bayang Bumi yang menutupi permukaan Bulan itulah yang menghasilkan bias berwarna merah seakan warna darah. Sumber SINI
Selain daripada fenomena gerhana bulan berdarah ni, terdapat dua lagi fenomena alam yang bakal berlaku pada malam ini sehingga terbit matahari esok pagi. Menurut berita AWANI yang aku baca, kita akan dapat melihat planet ketujuh dalam sistem solar iaitu planet Uranus dengan mata kasar. Ini kerana jarak planet tersebut yang dekat dengan bumi selain gerhana itu sendiri.

Kita juga bakal menyaksikan fenomena selenelion dimana kejadian kedua-dua Matahari dan bulan gerhana yang dapat dilihat serentak. Ia hanya boleh terjadi pada detik sebelum matahari terbit atau terbenam. Untuk maklumat lanjut, klik SINI

Ya Allah, beruntungnya kalau dapat tengok. Tapi macam takde harapan je since kat sini masih tak berapa cerah lagi. Masih berjerebu. Adoi..

Tapi dalam seronok nak tengok gerhana bulan ni, jangan kita lupa ini semua adalah petanda kebesaran Allah SWT. Jangan lupa untuk mensyukurinya. Gitu nasihat akak ya...

OKay...till we meet again

5 comments:

My friend say: