Thursday, October 16, 2014

Bila Mesin ATM Rosak

Assalamualaikum...

Selamat malam. Haih la..bila ada orientation, aku akan memang akan jadi slow update blog. Nak blog walking pun tak sempat. So, memalam ni nak baru dapat aktif sikit.
image: Google

Kat ofis aku ada kemudahan ATM Maybank. Akan tetapi sejak 2 minggu berlalu, pada kiraan aku sejak kes mesin ATM kena godam dek lelaki amerika latin tu, mesin ATM kat ofis aku pun tetibe je jadi offline. Nak jadi cerita, pepagi buta minggu lepas aku ada ternampak kakitangan keselamatan yang pada sangkaan aku hanya aku nampak bila mesin ATM dah kehabisan duit je dorang ada. Selalunya dorang ni akan escort pegawai yang akan letak duit dalam ATM machine tu.


Sejak dari penampakan tu la aku perasan mesin ATM kat ofis aku dah tak berfungsi. Hmm..ni bukan kes rompakan ya kengkawan tapi aku rasa sebenarnya pihak bank amik langkah keselamatan untuk lindungi mesin tu kot. Sangkaan aku je la. Sehinggalah ke hari ini, mesin ATM kat ofis aku langsung tidak berfungsi. Itu sebenarnya masalah kepada kami warga menara tu.

Korang, ofis kitorang ni dah la susah nak keluar masuk atau nak gerak ke sana ke mari. Maklumlah, kalau hendak ke mana-mana pun kena ada kenderaan untuk keluar. Jadi, bila mesin ATM dah takleh berfungsi, manalah nak cekau nak keluar duit kan? Aku pun termasuk la salah sorang.

Hingga hari ni, kengkawan aku terpaksalah keluar dari ofis semata-mata nak cari ATM. Bayangkan tadi kawan aku cuma ada RM1 je dalam poket dia. Nasib ada orientation, boleh juga makan kat event venue sebab ada makanan lebih untuk kami yang handle program. 

So, petang tadi aku ke Shell dengan tujuan nak keluarkan duit. Malang sungguh aku, sudahlah menunggu nak parking kereta dah hampir 5 minit, masuk je kedai Shell tu, mesin ATM Maybank dan CIMB rosak la pulak. Aiseh, sedihnya. Dalam tangan cuma ada berapa puluh hengget je ni. 

Nampak gayanya aku kena jugalah pergi ke Maybank sendiri untuk withdraw duit. Haih, bila mesin ATM rosak ni, memang pening aku dibuatnya. Ke sekarang ni memang musim ATM machine rosak ek? Erk?

Okay....till we meet again

5 comments:

  1. Huhu...btol tu kak..dlm dompet dh xbyk ni..huhu

    ReplyDelete
  2. kat Uni pun jadi masalah bla takde duit, pastu tetibe mesin ATM yang memang ada sebijik je tu kehabisan duet pulakkkk

    ReplyDelete
  3. Paling tak suka ATM rosak. Lagi2 time hujung sem. Punyalah penat kita pergi bandar. Menghabiskan duit bayo tambang, boleh pulak dye rosak. pffft.

    ReplyDelete
  4. ATM rosak xper Anim,..kalau lift rosak binasa badan...

    ReplyDelete
  5. Jrg ke ATM skrg ni... Kalau g pun pg kt stesen minyak je.. x g yg kt bank..

    ReplyDelete

My friend say: