Tuesday, October 07, 2014

Bila Anak Buah Berhijab

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari. 

Korang tahukan aku ni memang pemakai shawl yang tegar sejak 2 tahun yang lalu. Makanya, setiap hari yang aku pakai ialah shawl sebab aku lebih selesa dengan shawl. Kebanyakkan koleksi shawl aku adalah daripada ShawlByVSnow.

Daannn...hari Ahad lepas, masa aku dan kembar sedang bersiap-siap hendak keluar bawa anak buah aku nan seorang, A'isyah tetibe je request nak pakai tudung macam Cu Anim dia pakai. Erk!? Apakah? Makanya demi tidak menghampakan harapan dan permintaan dia, aku pun ajak dia pilih warna shawl yang dia nak pakai. So, end up dia pilih ES Basic in Wild Strawberry ni sebab baju dia warna pink. Haa..dah siap iron shawl tu, terus je pakaikan untuk dia ikut style yang aku pakai.

Dia suka tau. Siap request nanti nak pakai lagi macam ni la. Hehehe..Semalam pula, masa nak keluar makan, dia request lagi nak pakai shawl. Tapi disebabkan yang dia pilih tu besar sangat lebarnya, jadi aku pakaikan dia loop shawl daripada Al-Humaira Contemporary. Pun warna pink juga. Sweet je aku tengok dia pakai. Ye la, budakkan. Muka dia pulak bujur sirih, lagilah senang nak pakai.

Inilah buktinya anak buah aku tu dah besar. Dah nak masuk darjah 3 tahun depan. Dah pandai nak bergaya tapi kena request kat makcik dia ni la. Hahaha

Okay...till we meet again

5 comments:

My friend say: