Sunday, August 17, 2014

Geng Terjah Pergi Beraya!

Assalamualaikum...

Awal bulan hari tu beriya aku update entri plan beraya aku sepanjang bulan Syawal ni. Alhamdulillah, seperti yang dirancang, plan tu telah dan akan berjalan. Kalau minggu lepas sesi Jelajah Raya aku berlangsung dengan jayanya, maka minggu ini Geng Terjah pulak akan pergi beraya.

Haaa? Geng Terjah? Apa ke gangster sangat namanya tu? Begini ceritanya. Semuanya bermula apabila aku, Kak Aida, Syafreena dan Ridzuan plan beraya rumah kengkawan ofis tanpa ada plan yang rapi. Rumah pertama kami terjah ialah rumah CC Ina. Lepas tu, kami main sms je kengkawan yang ada kat rumah bagitau kami nak datang. Maka dari situlah bermulanya nama Geng Terjah. Pernah aku ceritakan kat entri INI dan INI

Aku dan kawan-kawan aku memang kategori gila-gila sikit. Kitorang ni kalau buat plan memang tak hengat dunia. Suka hati kitorang je tapi tahun kami plan dengan rapi sebelum raya lagi. Haa..kami dah siap-siap list out rumah-rumah yang kami nak pergi dan bagitau awal-awal tuan rumah yang kami nak bertandang. Tahun ni 'well behave' sikit sebab tak nak bagi tuan rumah sakit jantung. Hahaha

So, rumah siapa yang kami akan pergi hari ni? Ada kat bawah ni. Doakan semoga perjalanan kami semuanya dilancarkan oleh Allah SWT ya. Semoga hari ini akan cerah hingga ke petang. Insha Allah.
Okay...till we meet again

6 comments:

  1. rondas jangan tak ronda, raya setahun sekali je.. hihi

    ReplyDelete
  2. uihhh. detail tentatif tu. haha.

    ReplyDelete
  3. selagi masih dalam bulan beraya ni...elok terjah kan...akak je tahun ni x jadi buat sebab bulan depan sibuk nak pi vacation...kebetulan adik beradik pun xde masa...so x de la open house tahun ni...

    ReplyDelete
  4. weii seronok plak mcm ni kan ada plan dah awal2

    ReplyDelete

My friend say: