Wednesday, August 27, 2014

Geng Terjah Beraya Vol 2 - Part 1

Assalamualaikum...

Raya dah habis dah oi. Tapi aku nak juga share dengan korang kegembiraan aku beraya dengan kengkawan Geng Terjah. Apa tu? Baca kat SINI.

Seperti yang dijanjikan, kami memulakan perjalanan raya kami pada hari Ahad tu. Tapi sedikit lewat atas sebab-sebab tertentu. Kami konvoi tiga kereta dari Putrajaya manakala seorang lagi kawan kami dah standby tunggu di Negeri Sembilan. Rumah pertama kami ke rumah Khairun Khalik a.k.a. KK. KK ni officer baru kat unit kami. Bulan Jun lepas dia masuk. Rumahnya di Bandar Baru Sendayan. Masa ke rumah KK aku yang lead tapi guna waze je la. 




Kat rumah KK, kami dihidangkan dengan nasi lemak, rendang ayam dan bubur jagung. Selain tu ada juga buah oren sunkist dan juga brownies. Waa...sedap sangat makan tau. Dah la masing-masing memang simpan perut nak makan time beraya, apa lagi, memang best la makan.
Selesai di rumah KK, kami berangkat ke rumah seorang lagi kawan kami, iaitu Kak Faizah tapi kami panggil kak Hello Kitty. Eh? Hahaha. Bos aku yang dok panggil camtu dulu, kitorang ikut je. Rumah kak Faizah ni special sikit sebab kitorang awal-awal dah request nak roti cap azan. Kalau orang Negeri Sembilan mesti tau. Aku yang dok Putrajaya ni pun tau. Kitorang request nak roti lutut sebab kat KL ni susah benau nak dapat roti lutut keras ni. Selain roti lutut tu, kak Faizah juga sediakan makaroni bakar. Sedapnya la hai...

Berborak berbual, tibalah masa untuk kembali ke KL. Oh ya, terjah raya kami tak habis disitu. Sat lagi aku up entri part 2 ya.


Okay...till we meet again

15 comments:

  1. samala...nak ke mana senang guna waze sebab agak accurate jugak especially bab traffic jam..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan mama...waze je la jadi penunjuk arah

      Delete
  2. betul tu...senang kalau dah ikut petunjuk waze tu..taklah sesat dan makan masa yang lama untuk sampai ke destinasi...seronok tengok ainim beraya dengan kawan2 yang lain..happening betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak aida. alhamdulillah, tahun ni memang seronok kak

      Delete
  3. seronok raya ye...jangan esok demok abis raya..hihihi

    ReplyDelete
  4. wow..... best nya anim.... ^_^ Jeles tgk org pergi beraya merata

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangalah jeles..nanti kita plan date ye

      Delete
  5. Memg btl2 happening la geng trjah ainim ni

    ReplyDelete
  6. seorang male friend je yg ikut kak ainim and friends beraya? lama fae x singgah blog kak ainim. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah fae. yang sorang tu je la rajin ikut kitorang

      Delete
  7. meriahhnya. siap ade moto skuter tu. haha

    ReplyDelete
  8. amboi depa...beraya sungguh ni..bagus2..hehe

    ReplyDelete
  9. Memang best ni beraya beramai2....

    ReplyDelete

My friend say: