Thursday, August 28, 2014

Buat Tutorial Shawl?

Assalamualaikum...

Selamat pagi. Alhamdulillah, masih mampu bersiaran lagi. Tajuk tu macam poyo je kan. Hek eleh, orang lain dah berzaman buat tutorial. Aku je yang nak kecoh. 
image : Google
Begini, aku ni kan pemakai shawl yang tegar. Jadi, rajinlah juga up gambar kat instagram. Oh ya, memang aku tak private instagram aku tu. Takdelah kerap sangat dok up gambar selfie. Rasanya sejak usia makin meningkat ni, aku rajin up gambar makanan.


Tapi, nak dijadikan cerita, lately ni aku ada la juga up beberapa keping gambar aku pakai shawl, sekadar nak share info mengenai shawl ni. Sekali ada pula yang minta buat tutorial. Hmm...sebenarnya dah ramai juga yang minta aku buat tutorial tapi aku memang tak pernah buat untuk tontonan umum. Aku cuma buat tutorial khas untuk kengkawan terdekat. Time tu nak amik video ke, nak amik gambar ke suka hatilah. 


Aku lagi selesa macam tu. Segan sebenarnya nak bagi orang tengok video. Tapi bila ada yang request nak minta ajar ni, kesian pula rasanya. Nantilah aku pertimbangkan untuk buat tutorial. Tutorial yang paling basic untuk pakai shawl cara aku la ya. Korang tunggu je la ya. Kalau aku buat video, cuma akan upload kat blog ni je. Gitu..eh?!

Baiklah..jumpa kat next entri. Cerita pagi ni dah selesai

Okay...till we meet again

10 comments:

  1. ok juga kan..kekadang lya pun x reti sgt pakai shawl

    ReplyDelete
  2. ok tu Ainim ... Ros tunggu jugak k :)

    ReplyDelete
  3. ok gak ainim...saya ni setakat simple reti la...lebih2 memang takde la gamaknyer...ehehe

    ReplyDelete
  4. Kita still fail nak pakai shawl..macam susah je nak bagi kemas..kena tunggu tips ni..

    ReplyDelete
  5. akak dari dulu sampai sekarang tak pas-pas pakai shawl ni..heheh, ntah dimana silapnya

    ReplyDelete
  6. cik nor pakai shawl ikut suka jer..hihik

    ReplyDelete

My friend say: