Friday, August 29, 2014

Berhati-hati Dengan Cubaan Mencuri Kereta

Assalamualaikum...

Kejadian ni baru sahaja terjadi kepada aku sebentar tadi di Tesco Selayang. Aku dan seorang rakan seunit telah pergi ke Tesco Selayang untuk membeli barang keperluan untuk aktiviti unit. Selesai membeli, kami terus menuju ke kereta.

Sebelum sampai ke kereta dalam jarak beberapa langkah, aku ternampak kelibat lelaki dari arah kereta aku masuk ke kereta yang berada di belakang kereta aku. Kereta tersebut ialah kereta kenari berwarna putih. Apabila tiba di kereta, seperti biasa aku tekan button alarm untuk buka kereta. SUDAH menjadi TABIAT aku untuk sentiasa perhatikan keadaan kereta aku sebelum meninggalkan kereta dan apabila datang kembali ke kereta aku. YES, aku amalkan ia supaya aku tahu perubahan dikereta aku. Sebab itu aku tahu condition kereta aku dengan terperinci.

Hendak dijadikan cerita, aku melihat ke arah pembuka pintu kereta bahagian drive dan amatlah terkejut apabila mendapat bahagian pembuka tu seperti telah diumpil oleh seseorang. Bahagian untuk masukkan kunci pun ada kesan calar dan cat kereta yang tertanggal. Aku cuba untuk pegang bahagian tu dan secara tiba-tiba alarm kereta berbunyi. SAH, ada cubaan untuk mencuri kereta aku. Bahagian tu masih lagi terkopak.

Apa yang aku dan kawan lakukan ialah memerhatikan dahulu keadaan sekeliling manalah tahu ada yang mencurigakan dan YA, dua lelaki yang aku sebut menaiki kereta kenari putih tu berada di dalam keadaan yang sangat mencurigakan. Apa yang aku dan kawan aku lakukan ialah dengan segera memasukkan barang ke dalam kereta (aku yang buat) manakala kawan aku memerhatikan kedua-dua lelaki berkenaan. Jelas kedua-dua lelaki berkenaan nampak amat tidak selesa dengan pandangan kawan aku dan cuba untuk menutup cermin depan kereta tersebut dengan sesuatu. Apabila selesai memasukkan barang, sekali lagi aku pula perhatikan dengan pandangan yang tajam. Ikut hati yang curiga, aku nak keluarkan steering lock dari kereta tapi nanti ada pula yang kata aku cuba menuduh mereka.

Mungkin kerana pandangan mata aku memang menakutkan dan macam nak makan orang, si pemandu tersebut yang masih nampak mencurigakan terus memandu kereta keluar dari kawasan parking DAN tetibe je hilang dari pandangan kami. Aku syak mereka masih dalam kawasan parking berkenaan tetapi mungkin meletakkan kereta ke tempat yang lain. Sambil memandu keluar dari kawasan parking aku masih cuba mencari sekuriti yang ada tetapi hampa. Tiada seorang pun pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan parking. HAMPA.

Aku terus memecut keluar dari kawasan Tesco Selayang dan pulang semula ke pejabat dalam keadaan yang sangat berwaspada. Setiap kereta yang berada disekeliling aku perhatikan. 

Pengajaran yang aku dapat hari ini ialah 
-sentiasa pastikan kereta berada di dalam keadaan baik terutama alarm kereta. Sekiranya ada cubaan mencuri kereta seperti ini alarm akan dapat berbunyi dan menakutkan si pencuri. 
-Pastikan ada extra safety action seperti memasang steering lock agar cubaan dapat dipatahkan. 
-Pastikan keadaan didalam kereta terutama dibahagian tempat duduk tiada barang yang boleh membuatkan orang curiga. Waima bungkusan plastik pun pencuri akan ingat barang berharga.
-Pastikan kalian terutama wanita tidak keluar berseorangan demi memastikan keselamatan anda terjamin. At least kalau ada kawan, sebarang kejadian ada yang boleh membantu.
-Pastikan keadaan sekeliling tidak mencurigakan. Sekiranya mencurigakan, cepat beredar dan jika keadaan membahayakan, terus pandu ke arah balai polis yang berdekatan
-Cuba aim orang yang mencurigakan dan kalau boleh catatkan nombor plat kereta yang mencurigakan. 
-Pihak pasaraya, tolonglah pastikan sekuriti di premis anda sentiasa dalam keadaan siap siaga. Bila jadi seperti yang berlaku kepada aku tadi, tiada siapa yang boleh dicari untuk minta pertolongan.
-Pihak pasaraya, kalau boleh pastikan ada CCTV dikawasan letak kereta agar keselamatan kereta visitor sentiasa terjamin.

Apa yang berlaku hari ini adalah satu pengajaran buat aku supaya lebih berhati-hati dan tidak panik bila terjadi kejadian seperti ini. Alhamdulillah, Allah SWT masih pinjamkan lagi kereta itu kepada aku. Alhamdulillah, keselamatan aku dan kawan masih terjamin. Alhamdulillah, perjalanan pulang aku dan kawan tadi dipermudahkan. Syukur ya Allah syukur. 

Kalau korang nak share post ni, silalah share sebagai peringatan buat kengkawan kita diluar sana. Make sure korang tak pergi ke mana-mana shopping mall bersendirian demi keselamatan unless korang memang pakar bab pertahanan diri.

Wallahualam...

20 comments:

  1. bahaya tu ainim...sekarng ni lebih kena berhati-hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak..memang lepas ni saya dah tak pergi situ dah

      Delete
  2. diorang tak takut..janji dapat tp kalau dah kena nasib badan jer..kawasan selayang memng kawasan pencuri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? Saya memang tak tau situ black area

      Delete
  3. Allahu...lepas ni kurangkan la kesana kalau kak Nor Nazliana atas ni pun dah cakap macam tu...elakkan ada kat kawasan tu...takut nanti dia cam kereta ke ape...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sally. memang serik juga nak ke sana

      Delete
  4. Brmcm cara diorg buat utk mncuri kan tak kira waktu siang sekalipun

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah lya. pencuri sekarang dah takut apa2

      Delete
  5. Alhamdulillah...nasib baik tak jadi apa2...saya pon kne extra careful macam ni...really thanks for sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mama. memang lepas ni extra carefull sangatlah jawabnya

      Delete
  6. ini memang menakutkan..terima kasih berkongsi cerita...dibuat pengajaran...

    ReplyDelete
  7. bahaya sekarang nie orang buat pelbagai teknik

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah acik. lepas ni mungkin akak dah tak pergi situ

      Delete
  8. aduhai ainim... nasib baik x ada apa2...

    ReplyDelete
  9. Salah satu perkara yang di risau kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah abg eraz. memang sangat merisaukan saya sekarang

      Delete
  10. Alhamdulillah..xde pape... Kat situ mmg sunyi.. Akk dh lama boikot tesco..

    ReplyDelete

My friend say: