Friday, June 06, 2014

Jun Yang Mendebarkan

Assalamualaikum...
image: Google
Selamat pagi semua. Maaf semalam agak moody dan sedikit terjejas blog ini tambahan tuan blog pun sakit sikit semalam. 

Rasanya masih belum terlambat untuk menyambut kedatangan bulan Jun. Bulan Jun sebenarnya merupakan bulan yang penuh dengan kenangan dan juga debaran. Bulan ini juga emak, kaknyah, aku dan kembar bakal menyambut ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan mak dan arwah abah. 

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, Jun kali ini bakal membawa banyak debaran untuk diri ini khususnya. Ada beberapa tarikh yang telah pun aku catatkan dalam planner. Tarikh-tarikh yang penting selain tarikh kelahiran. Tapi aku tak boleh nak nyatakan apa yang penting sangat kerana masih terlalu peribadi untuk diceritakan. Biarlah ia kekal dalam rahsia antara aku dan ALLAH SWT. 

Sesungguhnya, aku mengharapkan permulaan dan pengakhiran yang baik sahaja tetapi siapalah aku untuk menentukan segalanya. Moga Allah akan mempermudahkan segala urusan diri ini. 

Wallahualam...

8 comments:

  1. Adik akak nak nikah ke hihi
    Bila agaknya tarikh lahir tu hihi.
    Inbox akak k hihi

    ReplyDelete
  2. moga dipermudahkan urusan...

    ReplyDelete
  3. moga Allah permudahkan segala urusan ainim ye..

    ReplyDelete
  4. Ainim...semoga semuanya dipermudahkan...we shared the same month....mmmuah...xmo moody2 dear...

    ReplyDelete
  5. Apa agak nya tu ?? Hehehe.. semoga segala urusan d permudah kan.. insyallah. . =)

    Zara dtg ziarah dr bcuti pnjg.. huhu. Penat..

    ReplyDelete
  6. moga urusannya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT..:)

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan semuanya, ya kak.. ;)

    ReplyDelete

My friend say: