Monday, June 09, 2014

#Instashopping @ De' Qoya

Assalamualaikum...

Jangan salah faham ya. Itu bukan hastag kat instagram tapi saja je nak share dengan korang mengenai satu butik online, iaitu De' Qoya. Kenapa aku nak share? Begini

Semasa aku ke The Vendeur Festival bulan lepas, aku ada share mengenai apa yang aku beli. Sekadar nak share yang salah satu aku beli ialah Syeera Blouse daripada De Qoya. De Qoya ni antara butik online yang semakin dikenali dengan pakaian-pakaian yang sangat menepati citarasa wanita masa kini. Ya la, sekarang ni ramai dah ada kesedaran untuk berpakaian yang lebih sopan dan menutup aurat kan.

baju yang aku pakai ni namanya Syeera Blouse
Haa..aku saja je la try beli Syeera Blouse daripada De Qoya ni sebab nak terpikat dengan material yang sangat best. Tak jarang dan tak panas pun. Serious, sampai rasa nyesal tak beli dua helai haritu. So, masa ke Hijabi Flea Market kat Karangkraf dua minggu lepas, apa lagi tak lepaskan peluang untuk ke gerai De Qoya. Target memang nak sambar lagi barang sehelai dua blouse. Tapi kesian untuk diri ini sebab saiz dah takde. Ehehehe. Cik kembar yang untuk sebab saiz untuk dia ada. Dia pun beli dalam dua helai.

Apa yang aku boleh cakap, layanan daripada owner De Qoya ni pun bagus tau. Kita datang je terus dia tanya apa yang dia boleh tolong. Haa..kan best tu. Harga pun berpatutan juga. Kalau korang dah kenal jenama ni, baguslah. Kalau belum, bolehlah try nanti ya. Korang boleh cari kat Instagram De Qoya. Tak pun, pergi je kat Alam Avenue, Seksyen 16, Shah Alam tu. Sebelah je dengan Minimalace. 

Selamat ber-shopping.

Okay...till we meet again

6 comments:

  1. Shah Alam mmg syurga shopping...

    ReplyDelete
  2. Ada saiz besar macam akak ni ke? hihi..payah benor nak cari baju yang up to date tp sopan...dan sesuai dgn bentuk badan

    ReplyDelete

My friend say: