Thursday, May 15, 2014

Rasa Burger Mc Donald

Assalamualaikum...

Selamat tengah hari semua. Dah makan lunch? Ehem..tajuk tu sekadar nak meluahkan apa yang aku rasa je. Semalam, aku dan kaknyah singgah McD kerana beli bubur untuk mak. So, aku pun pesan set Big Mac. Oh ya, ini tahun ke berapa aku tak makan burger Mc D pun aku tak ingat. Lama kot. Entah.

Jadinya semalam, aku pun order sebab dah lapar since pagi tak makan dan waktu tu dah nak pukul 3pm. Lepas selesai membeli, kami singgah pulak ke gerai cendol tepi jalan dalam keadaan hujan lebat tu. Pakcik tu ucap terima kasih pada kaknyah aku sebab sudi singgah gerai dia dalam hujan lebat. Ada juga rezeki dia dalam keadaan hujan.

Sampai rumah, aku pun terus makan. Oh ya, kan aku cakap dah lama tak makan burger McD. Bila aku nak makan, rupanya dia tak bagi sos pun. Okay, takpe aku amik je sos cili kat peti ais. Hmm..tapi kan bila aku dh start makan, burger tu sejuk melesi. Tu satu hal, aku rasa daging dia pun tak sedap. Aku tak pasti samada aku dah lama tak makan so aku terlupa rasa dia macam mana ke atau memang tekak aku dah menolak burger McD. Haa..seriously aku rasa langsung tak sedap burger McD yang aku makan.

Hmm..jangan salah faham dengan apa yang aku tuliskan ini ya. Bukan no condemn ke apa tapi aku memang rasa tak sedap pun burger tu. Aku simpulkan, sebab lama tak makan so aku dah terlupa rasa dia macam mana.  Tapi aku habiskan juga sebab dah laparkan. Air coke tu aku minum seteguk je sebab rasa dia pun tak masuk tekak aku. Haa..kan pelik tu.

Tapi aku attach juga gambar sebab nak belanja gambar kentang sebab kak msredcheesecake suka sangat makan kentang McD. Hehehe..kentang tu je yang best pada aku. Makan tanpa sos je pun okay. Sekian..mohon jangan salah faham ya.

Okay...till we meet again

18 comments:

  1. gambar je? hheee... jadi lah.... tetiba nak makan fries mc d...

    ReplyDelete
  2. haha..bese la laen mcd laen rase kekadang..dpend orang masak jugak sometime..tapi kite kalau dah lapar ngap aje.hewhehw

    ReplyDelete
  3. Mcdonald mmg Sakai bila sejuk kak ainim hihihihihi.

    ReplyDelete
  4. kalau dah sejuk memang tak sedap rasa lemau je tu ainim..kentangnya pun cpt lembik

    ReplyDelete
  5. nama pun fast food anim...kena makan as fast as you get it laa :D

    ReplyDelete
  6. lama tak makan burger mcd ni huhu...paling suka ayam goreng dia...

    ReplyDelete
  7. bila sejuk memang tak sedap..huhu

    ReplyDelete
  8. ciksu jrg beli beger mcd
    lebih suka choco top & fries semata (:

    burger kat gerai lg best kan. hihihi

    ReplyDelete
  9. salam. ehehe lama da tak makan burger..layan kfc ja :D

    ReplyDelete
  10. akak x in sangat dengan fast food..x tau kenapa....

    ReplyDelete
  11. dah jarang makan burger mcd. Burger tepi jalan lagi best sebab mayonis meleleh-leleh :D

    ReplyDelete
  12. Yeapp dah lama tak makan mcd . heee
    Ehh ada giveaway , jom la jenguk
    http://milikallahsepenuhnya.blogspot.com/2014/05/infinite-last-romeo-giveaway-by-fiqa-nsz.html

    ReplyDelete
  13. Adeh.. Tertiba rasa lapar pula..

    ReplyDelete
  14. bubur McD sgt sedap!! kalau singgah mcD bukan husna beli burger pon..:p

    ReplyDelete

My friend say: