Monday, May 19, 2014

Kegilaan Apakah Ini?

Assalamualaikum...

Eh eh..apasal tajuk entri hari ni berakhir dengan tanda soal ? Haa..aku pun tak sengaja ni. Hmm..

Korang nak tau, sejak dua menjak kakak aku nak kahwin ni, aku kan bakal jadi bridesmaid dia. Oleh kerana itu, aku memang memerlukan sepasang baju yang sesuai untuk dipakai pada hari kejadian. Haa...oleh sebab itu jugalah aku yang tak pandai langsung bab-bab dress ni, survey butik online yang jual segala bagai dress. Oh ya, sekadar untuk pengetahuan, aku ni orangnya bergaya sangat simple. 

Aku memang fail bab-bab butik online yang jual baju cantik-cantik ni. Aku pandai bab-bab butik online yang jual shawl. Korang tanya aku mana butik online yang nak aku rekomen, aku tau la. Memandangkan ketidakpandaian aku inilah, kakak aku suggest beberapa butik online untuk aku survey baju yang sesuai dan seperti yang aku cerita di dalam entri semalam kat SINI, aku dah pun selesai membeli dua helai baju untuk majlis nanti. Ewah, melebih pulakkan.

AKAN TETAPI, sejak aku tahu butik-butik yang jual baju ni dan aku rasa baju-baju tu semuanya cantik-cantik, aku rasa aku dah jadi sedikit gila dengan dress dan baju kurung yang cantik-cantik ni. Oh TIDAK!!! Kegilaan apakah ini? Aku rasa aku nak beli je setiap satu yang aku berkenan. Ohoii...tapi nasiblah juga badan aku yang makin naik ini membuatkan keadaan sedikit terbantut. Ye la, kalau nak beli kenalah padan dengan saiz, ya tak?

Oh...nasiblah juga aku bukan jenis yang boros tak tentu pasal. Nasib jugalah aku tetapkan iman dalam hati ni supaya simpan je duit yang ada. Nasib jugalah aku dah ada beberapa pasang kain yang perlu dijahit, so tak perlulah gatal sangat nak beli yang ready to wear kan? 

Dah dah..sekadar nak share dengan korang, butik-butik online yang menjadi pilihan aku untuk survey baju dan shawl hari tu. Baju dah dapat tapi shawl belum lagi dan aku memang dah tau brand pilihan aku ialah SHAWLBYVSNOW. Pelanggan setia kekdahnya. Jom korang layan senarai butik-butik online yang aku share ni.
dress cantik
BELLAAMMARA , RINASALLEH CLOTHING, FARAH ISKANDAR, BUTTON MY BUTTONS

muslimah wear
MINAZ BOUTIQUE, PUDORE, BYFATINSUHANA, SCARFFEYA

ANGGUN ZARA, SHAWLBYVSNOW, ASHH&ANNAS, SUGARSCARF

MINIMALACE, DE LENSA BOUTIQEU, HANA BELLA, BUBBLY ORKED

ANGGUN HANI BY NMZ, AL-HUMAIRA CONTEMPORARY, MAZLIANUL MAZNAN, TUDUNG PEOPLE
Fuh...berpeluh nak letak gambar dan sertakan link tu. Haa..aku siapkan gambar dan link sekali. Kalau korang nak cari baju raya, dah boleh dah. Macam Scarffeya, Bubbly Orked tu dah ada koleksi raya. Manalah tau kot-kot korang pun sama nak cari baju-baju yang menarik. Klik aje nama butik tu, terus ke website dorang.

Okay...till we meet again

22 comments:

  1. thanks for sharing ainim..:)

    ReplyDelete
  2. Kebanyakkannya yang disenaraikan ni.. Saye pon sukeeee..tapi ade jugak yang belum pernah cube.. Nanti nak terjah

    ReplyDelete
  3. beli la anim..beli la...beli laaa...hahahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli la Sally...beli la Sally...beli la Sally..hahahaha

      Delete
  4. beli lah Anim beli lah lagi... pas tu jangan lupa present untuk kakak ek adik sayang??? Royalti ingat tak royalti??? Muahahaha

    ReplyDelete
  5. hadoi..bila tengok online shopping nie..boleh kempis acc. bank

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak..samalah tapi kena kuat iman

      Delete
  6. pergghhh mmng mencabar iman ni. habis duit nanti -.-

    ReplyDelete
  7. hahhahahaaa
    jadi gila kan kak tak lama lepas tuu.??
    gitu la eiqa duluu, jenis eiqa x prcaya bab nak beli online nie..
    lpas tu usha insta itu insta ini.. beli shawl.
    tgok dress itu ini, tambah pulak kerja pakai duit sndiri..
    rse puas hati beli, mula laaa nak itu iniii. ahhaha

    pape pun kena pikir betol2x kangg mmbazir pulak..
    mmbazir amalam syaitonnn, ekekekee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha..akak ni Eiqa mmg kena kuatkan iman betul2. kalau tak abis duit kat bank tu. Yes, membazir amalan syaitan. so, jom simpan duit

      Delete
    2. jalan terbaik ni eiqa nak bagi kak..
      akak bank in je dalam acc eiqa..
      betul nie kakk, eiqa x main2x.. :P :P :P

      Delete
  8. Mmg tgh menggila gak nih.. Tapu poket xde.. Hehe.. Cuci mata je lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maria, jom kita cuci mata..manalah tau tetiba ada rezeki pulak :)

      Delete
  9. masalha akak, pernah beli beberapa kali online (tp bukan kedai2 diatas), tapi bila sampai suma tak kena huhuuhu..sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoi Kak ML..tu dah parah kak. saya kalau mcm tu confirm serik

      Delete
  10. kegilaan apakah ini...? tunggu poket kembung nie......

    ReplyDelete
  11. hehehe,,mungkin baru sedar kot..
    lepas nih bertambah lah koleksi kak ainim..

    ReplyDelete

My friend say: