Monday, March 31, 2014

Weekend Yang Mengecewakan Oleh TGV Sunway Pyramid

Assalamualaikum...

Semalam aku, kembar dan seorang lagi rakan kami, Rina ke Sunway Pyramid. Hasrat dan tujuan asal kami ke sana ialah untuk menonton tayangan filem Super Show 4 In Seoul 3D. Memang excited jugalah kami sebenarnya. 

Sampai je di Sunway, kami terus ke TGV dan bertanya kepada petugas kaunter mengenai tayangan filem tersebut. Agak musykil bila lihat dalam schedule di screen takde pulak. Tapi petugas kaunter tu cakap, pukul 5.30pm terus je kaunter masuk wayang tu. Okay, kami pun takdelah rasa musykil lagi since dia tak cakap yang tayangan dibatalkan.

Tepat 520pm kami dah ada di TGV Sunway Pyramid TAPI kami sekali lagi musykil sebab hall 7 tu, lampu tak menyala pun. So, kami pun bertanyalah kepada petugas kaunter masuk tu dan jawapan yang kami terima amatlah mengecewakan. Tayangan pada hari Ahad 30 Mac 2014 telah pun dibatalkan. Huh...kembar aku dah angin. Bukan kami bertiga je tapi ada dua orang pembeli pun kena macam kami. Kami tanyalah kenapa takde notification bagitau yang tayangan dibatalkan.


Ye la, nak marah petugas kaunter tu tak boleh sebab dia pun tak tau apa-apa kan. Cumanya ada satu jawapan dia yang paling aku tak berapa suka bila dia kata alasannya sebab company fight untuk tayang Captain America. What the hell is going on? SS4 In Seoul tu 3D, padahal Hall 7 tu pun tak guna pun. Adoiii laa...

Dia bagi kami form untuk complain dan aku dengan selamba je tulis dalam form tu, "Please refund my money". Hehehe. RM82 tau untuk 3 tiket. Bukannya sikit. So, dia cakap dalam tempoh 2 minggu akan ada jawapan. Aku senang je, 2 minggu aku tak dapat refund duit aku, ke Tribunal Tuntutan Pengguna aku adukan. SO, TGV Sunway Pyramid, silalah ambil perhatian ya.

Sekian

18 comments:

  1. eh..boleh plak macam tu...kena check tu..memang itu tertakluk ke...selalu refund terus dapat je..bukan salah kita...ssalah dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah check kak tapi takde pulak cakap mcm tu. so, skang ni saya mmg nak dorg pulangkan balik duit saya

      Delete
  2. ini memang isu serius juga..

    Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari admin Blog Mesra SEO

    ReplyDelete
  3. tak bestnya tiba2 batal mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Zam. memang sangat tak best

      Delete
  4. Replies
    1. memang syira, rasa sakit hati tau

      Delete
  5. fae dah watch captain america hehe

    aikk nape la diorang x bagi tau awal tayangan dibatalkan

    ReplyDelete
  6. Nak tak nak kena bagi duit balik, Rm 82 tu bukan sikit, kalau bagi kat saya, dua bulan still bertahan duit tu buat belanja :)

    ReplyDelete
  7. rasanya petugas kaunter tu pun dah bengang kena marah ... saja nak amik duit org kot

    ReplyDelete
  8. dia x boleh bt cam tu...tax bagi notis..tetiba je batal..

    ReplyDelete
  9. kalo saya la..memang naik angin terus kat situ.
    patut la tulis sekali nama blog kat form tu.
    biar diorang baca entri ne..hehe

    ReplyDelete
  10. without prior notice is unacceptable!

    ReplyDelete
  11. Lama x tgk wayang... Huhu...

    ReplyDelete
  12. da lama x tengok wayang..citer apa yg terbaru pun x tau

    ReplyDelete

My friend say: