Monday, March 24, 2014

#MH370...Jawapan Segala Penantian

Assalamualaikum..
Rata-rata dikalangan kita sudah mengetahui akan jawapan kepada misteri kehilangan #MH370. Setelah 17 hari hilang tanpa khabar berita. Setelah kita ternanti-nanti jawapannya, malam ini mungkin sudah terjawab. Segala persoalan yang timbul mungkin inilah jawapannya. Sila klik gambar untuk 'clear view'.

Tiada apa yang mampu diucapkan dengan kata-kata. Hiba hati ini, perit lagi hati ahli keluarga penumpang dan krew #MH370. Ya Allah, dugaan ini mungkin terlalu berat buat ahli keluarga penumpang dan krew MH370, akan tetapi Ya Allah, tiadalah kau bebankan dugaan itu melainkan mereka kuat untuk menghadapinya. Kuatkan iman mereka, kuatkan semangat mereka.

Semoga kotak hitam #MH370 akan dijumpai oleh pasukan keselamatan Malaysia dan bukan daripada mana-mana negara. Semoga segala kekusutan dan misteri akan terlerai. Walau hati ini kuat mempercayai bahawa ada sesuatu yang disembunyikan disebalik kehilangan ini, namun kita berserah segalanya kepada kekuasaan Allah SWT. 

Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang tersirat. Segalanya masih dalam rahsia Allah, hanya menunggu masa untuk dileraikan. Bila masa dan tikanya? HANYA ALLAH SWT YANG MENENTUKAN.

Sama-sama kita doakan agar kesejahteraan kesemua penumpang, krew, dan ahli keluarga #MH370.

AL-FATIHAH

7 comments:

  1. selama 2 minggu menanti, akhirnye terjawab jugak.
    semoga mereka yg beragama islam ditempatkan di kalangan org beriman.

    ReplyDelete
  2. MH370...pergi tidak kembali tetapi tetap bersemadi dalam ingatan...Alfatihah..

    ReplyDelete
  3. penantian yang sangat perit..salam takziah

    ReplyDelete
  4. driving ke office pagi tadi dgn hati yg sayu, menitis juga airmata ni..semoga mereka tabah dan kuat semangat hadapi dugaan ini..

    ReplyDelete

My friend say: