Friday, February 28, 2014

Kenali Program Feed-in Tariff (FiT) Malaysia

Assalamualaikum…

Kalau dalam entri-entri sebelum ini, aku selalu mention pasal Feed-in Tariff (FiT) dan mekanismenya, tapi aku pun tak sure samada korang faham ke tak pasal FiT Malaysia ni. Aku rasa mesti ada dikalangan korang yang kurang jelas pasal FiT ini dan mesti ada yang pertikaikan kenapa program ini dijalankan di Malaysia dan apa faedah dan manfaat buat kita semua. Hmm..apa kata kalau hari ni, kita sembang-sembang pasal FiT ni nak?

Sebelum kita go through pasal FiT ni, aku just nak explain sikit tentang sumber yang digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik dinegara kita. Sekadar pengetahuan korang, negara kita melalui pembekal tenaga elektrik seperti TNB menggunakan bahan api fosil dan arang batu sebagai sumber utama dalam menjana tenaga elektrik. Selama berpuluh tahun kita nikmati bekalan elektrik di rumah, pejabat dan dimana-mana je, ianya adalah daripada sumber yang dikategorikan sebagai tenaga tidak boleh diperbaharui. 

Makanya, bila tidak boleh perbaharui, sudah tentu sumber ini semakin hari semakin berkurangan dan apabila permintaan melebihi penawaran, maka akan berlakulah kenaikan kos untuk membekal permintaan ni. Hmm..kalau korang pernah belajar ekonomi, aku rasa korang pun tahu kan. Disebabkan kita dah terlalu bergantung pada sumber ini sebagai asas kepada bekalan tenaga elektrik, sudah tentu bila ianya semakin berkurangan, kita akan jadi sukar untuk mendapatkannya malah, kos yang meningkat juga akan menyebabkan peningkatan pada kadar tariff elektrik kita. Betul tak? Seperti yang kita tahu, kadar tariff elektrik sekarang ni pun dah naik berikutan langkah kerajaan dalam rasionalisasi subsidi.

Hmm..bila tariff elektrik dah naik ni, pastinya kita perlu mengamalkan amalan cekap tenaga. Akan tetapi, kesan buruknya terhadap alam sekitar tetap takkan dapat kita elak. Oleh kerana itu, dalam usaha kerajaan untuk menuju kepada memanfaatkan tenaga lestari ni, dua akta telah diperkenalkan yang membawa kepada penubuhan SEDA Malaysia dan juga pengenalan program Feed-in Tariff (FiT) di Malaysia. Dua akta ini ialah Renewable Energy Act 2011 dan juga Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Act 2011. 
Image: www.seda.gov.my
Aku pernah terangkan kepada kalian fungsi Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia sebagai pentadbir dan penyelaras kepada pelaksanaan program Feed-in Tariff (FiT) di Malaysia. Kiranya kalau sebut je SEDA Malaysia, satu perkara yang korang senang nak ingat ialah FiT ni. 

Feed-in Tariff (FiT) Malaysia ialah suatu mekanisme dimana 'Distribution Licensees (DLs)' iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi semenanjung Malaysia, NUR Distribution Sdn. Bhd. Bagai kawasan Kulim Hi-Tech Park dan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan membeli elektrik yang dijana daripada tenaga boleh baharu iaitu Solar PV mengikut kadar FiT yang telah ditetapkan kepada grid elektrik untuk tempoh tertentu. Berkuatkuasa pada 1 September 2011, FiT ini juga bertujuan untuk mempromosi pembangunan Tenaga Boleh Baharu (RE) di Malaysia.

Sebelum ini Surcaj 1% dikenakan ke atas semua pengguna domestik hanya apabila penggunaan elektrik melebihi 300kWj bersamaan dgn bil elektrik yang melebih RM77 sebulan. Wang tersebut akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) yang ditadbir oleh SEDA Malaysia dimana dana itu akan digunakan untuk tujuan promosi dan pembangunan projek dan inisiatif berhubung Tenaga Boleh Baharu. Walau bagaimana pun, bermula 1 Januari 2014, surcaj 1% tersebut telah dinaikkan kepada 1.6% sejajar dengan peningkatan tariff elektrik yang diumumkan pada tahun lepas. 
Image: Google
Feed-in Tariff (FiT) Malaysia berpandukan kepada model yang diamalkan oleh negara German tetapi banyaklah perbezaannya sesuai dengan keadaan dan situasi negara kita. Sistem quota diperkenalkan yang mana akan pengeluar tenaga yang berminat perlu memohon untuk mendapat had megawatt tahunan. Menariknya, setelah quota diberi kepada mana-mana pemohon samada syarikat industry atau individu, mereka akan mampu untuk menjana pendapatan selama tempoh 21 tahun. Macam yang aku ceritakan kat atas tadi tu.

Oh ya..kalau korang guna elektrik komersial yang sekarang ni takdelah dapat merasa kemudahan ini melainkan korang memohon Program FIT macam yang Puan Stephanie lakukan untuk rumah beliau di Melaka. Ada aku ceritakan di SINI. Memang bajet untuk install solar panel ni tinggi, tak dinafikan pun, cumanya untuk pelaburan jangka panjang, memang berbaloi. Sambil menyelamatkan alam sekitar, dapat juga jana pendapatan kan? Kalau aku, nak jugalah tapi belum ada rumah sendiri. Hehehe.

Hmm…rasanya panjang lebar aku cerita pasal FiT ni kan. Harapnya korang dapatlah faham secara ringkas tentang Feed-in Tariff ni. Takdelah blur kalau korang baca entri-entri aku berkait dengan topic ni ya. Kalau korang berminat dan hendak maklumat lanjut mengenai SEDA Malaysia dan cara untuk apply quota ni, korang boleh layari dipautan ini, www.seda.gov.my.

Okay…till meet again.

8 comments:

  1. thanks for sharing this great piece of entri my dear adik...I miss you...

    ReplyDelete
  2. panjang lebar entry nie....hope difahami......

    ReplyDelete
  3. nice sharing jemput www.kucinghitam.net

    ReplyDelete
  4. Good info..last time terbaca kat Blog Cik Tom..Ini contest ke..kalau ya Insahaa allah boleh menang coz infonya quite details...

    ReplyDelete

My friend say: