Friday, January 31, 2014

Happy Chinese New Year

Assalamualaikum...
Haa...image tu amik kat Google je. Cakap awal-awal ni. Semalam tak dapat nak blog walking sangat sebab demam melanda diri. Cuma dapat balas komen je dulu. Hari ni masih rasa demam lagi. Harapnya akan cepat beransur reda.

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina khas buat rakan-rakan yang berbangsa Cina diluar sana. Rindunya nak celebrate CNY macam zaman sekolah dulu. Seronok sebab dapat ronda-ronda dengan geng sekelas. Dari pagi sampai petang merayap dari satu rumah ke satu rumah. Zaman sekolah dulu, tak pernah kira bangsa apa, amalan 1Malaysia tu dah diterap sedari kecil lagi. Cumanya bila besar ni, ada je yang cuba main sentimen perkauman dan cuba nak pecah belahkan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia ni.

Harapnya CNY ni boleh eratkan hubungan sesama kita di Malaysia ni. Kita hidup bermasyarakat dan berbilang kaum dan itulah yang menjadikan kita unik di mata masyarakat antarabangsa. Semoga perpaduan kita akan tetap kekal selamanya. 

Okay...till meet again
p/s: Dah banyak makan limau?

3 comments:

  1. Berlalulah sudah bulan satu sebulan yang sia-sia Tiba raya cina kita rayakan dengan rasa tak malu. (sebab melayu) limau dah berkotak jiran cina bagi...selamat bercuti

    ReplyDelete

My friend say: