Monday, December 09, 2013

"Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? By AkuPenghibur.com "

Assalamualaikum...

Tergerak hati untuk join segmen daripada Blogger Acik ni. Kenapa? Sebab ia sangat berkait rapat dengan minat aku terhadap dunia blogging. Oh ya, sebelum tu, kalau korang nak join, sila klik banner di atas ya.

Masih aku ingat pada bulan Ogos 2008, aku memulakan langkah untuk mempunyai blog sendiri walhal pada ketika itu, aku langsung tiada ilmu bagaimana untuk bina blog dan apa sebenarnya blog. Pernah aku bertanya kepada seorang rakan dan meminta tunjuk ajar untuk membina blog, tapi hampa. Permintaan aku tak dilayan sebaliknya aku disuruh belajarlah sendiri. 

Bertitik tolak daripada itulah aku buar research sendiri di internet. Cari tutorial sana sini dan akhirnya first blog aku pun terbina. Tetapi, blog itu sekarang aku letakkan dalam keadaan hide atas sebab-sebab tertentu dan aku bina blog Ainimrashihah ni pulak. Akan tetapi, dek kerana aku kekurangan ilmu untuk personal blog, makanya blog ni seakan-akan hidup segan mati tak mahu.

Tetapi nak jadi cerita, awal tahun 2010, aku secara tidak sengaja terjebak menjadi fan blogger which is dedicated to Super Junior. Dari situ jugalah aku mula belajar bagaimana hendak post gambar, masukkan video, coding semualah. Dari 0 to hero bak katanya. Mungkin rezeki aku sebagai fan blogger, dari 200 pageviews sehari, mencecah hingga 2000 pageviews sehari sehinggalah pada tahun kemuncak aku sebagai fan blogger, blog itu berjaya mencecah 6000 pageviews sehari. Pada aku, itu adalah satu tahap pencapaian yang baik bagi seorang fan blogger yang bergerak secara solo mengumpul dan update boleh kata hampir setiap aktiviti yang dilakukan oleh Super Junior. Malahan, aktiviti kehidupan harian yang mereka update dalam Twitter turut tidak terkecuali untuk aku update di dalam blog itu.

Walau bagaimana pun, seiring dengan perubahan usia dan kekangan masa yang semakin menghambat diri, aku akui tidak mampu untuk update blog itu secara sendirian lagi. Mungkin sebab aku sendiri yang terlalu kerap pulang lewat malam dari pejabat menyebabkan aku tiada masa untuk update blog itu. Walau dalam ingin lakukan seperti biasa namun terpaksa mengalah dengan tugasan pejabat yang merupakan satu amanah.

Akan tetapi, minat dalam dunia blogging tidak pernah mati dan aku berusaha untuk beralih arah ke personal blog dimana aku dapati lebih santai dan tidak membuatkan aku terkejar-kejar untuk update segala cerita. Ya, dengan personal blog, aku lebih kepada bercerita tentang kehidupan seharian secara santai selain berkongsi informasi baru yang aku pelajari. 

Aku cukup berterima kasih kepada Blogger +HASRUL HASSAN melalui blog beliau +PANDUAN BLOGGER HASRULHASSAN.COM yang paling banyak mengajar aku cara blogging dengan betul. Tidak dinafikan pengalaman aku sebagai fan blogger juga sebenarnya banyak membantu aku menjadi seorang blogger yang berhemah dan beretika. Maklumlah, bila kita berkongsi kisah artis bukan semua boleh dikongsi dan bukan sebarang berita yang boleh kita share. Hanya berita yang terkini dan dari sumber yang sahih sahaja selain daripada elakkan menyebarkan gosip liar. Tidak lupa untuk beri kredit atau backlink sumber berita yang aku ambil. Itu sangat perlu untuk elakkan kita daripada dituduh mencuri bahan berita orang lain.

Aku mula kembali aktif dengan personal blog pada hujung tahun lepas. Alhamdulillah, setelah setahun aktif, aku dapati sebenarnya aku sangat enjoy dengan apa yang aku lakukan sekarang. Dengan personal blog ni aku kini punya kenalan baru terdiri daripada blogger-blogger yang baik hati diluar sana. Antara blogger yang aku kenal dan pernah jumpa secara face to face seperti Kak +Mia Liana , +Sally Samsaiman & +AyueJean AJ . Semuanya baik-baik belaka. Malah blogger seperti Kak +Farah Waheda Wahid , Deno, Cik Akak +Nao Mei+Nick Nashram, Kak Siti Rohaida (Kisah Si Diary) dan ramai lagi juga cukup peramah dan membuatkan aku rasa gembira untuk blogging setiap hari.

Dengan personal blog ni juga aku banyak belajar tentang soal kehidupan secara langsung dan tidak langsung. Aku yakin dengan langkah baru untuk aktif dengan personal blog dan aku tahu ia adalah pilihan yang tepat dan sejajar dengan minat aku yang suka menulis dan meluahkan apa yang ada dalam kotak fikiran. Walaupun secara santai, at least aku boleh melampiaskan minat menulis sejak dari sekolah ni. 

Syukur Alhamdulillah, sebab aku dapat sokongan daripada keluarga aku terutama Mak dan Cik Kembar selain kakak sulong aku. Thanks to Acik sebab anjurkan segmen ni ya. Baru perasan aku dah banyak menaip ni. Hehehe..harap korang tak jemu nak membaca entri-entri dalam blog picisan ni ya. Terima kasih juga sebab sentiasa sudi tinggalkan jejak kalian dalam setiap entri yang aku terbitkan.

Kesimpulannya, itulah sebab kenapa aku jadi blogger. Sebab MINAT.

Okay...till meet again

11 comments:

  1. selamat bersegmen kakainim dan teruskan berblogging! deno sentiasa support akak^^

    ReplyDelete
  2. keep blogging n all the best... :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah terima kasih kerana sertai ...menarik entri ini kita menjadi blogger

    ReplyDelete
  4. salam..ayu singgah dr segmen yg sama..

    ada masa singgah la ke blog ayu...ayu ada buat segmen juga..tq

    http://ayuinsyirah.blogspot.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

    ReplyDelete
  5. BBL pun join jugak. datang bw sambil wish gud luck ya


    My recent post : Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? by AkuPenghibur.com

    ReplyDelete
  6. assalamulaikum.... ekin datang dari segmen yang sama... jemput la singgah ke blog ekin ya...

    http://cikash.blogspot.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

    ReplyDelete
  7. assalamulaikum.... ekin datang dari segmen yang sama... jemput la singgah ke blog ekin ya...

    http://cikash.blogspot.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

    ReplyDelete
  8. salam gud luck, nak ajak join kontest kt blog saya pula. :) , peluang nak menag service like fanpage , businesscard n banyak lagi . masa dh tinggl 5 hari je lagi huhu http://www.mawardiyunus.com/2013/12/pelancaran-kontes-u-blogger_7.html

    ReplyDelete
  9. Salam singgah bw dari segmen yg sama. Saya dah follow sini ye.. Salam ukhwah & semoga terus sukses.. :)

    http://www.khirkhalid.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

    ReplyDelete

My friend say: