Monday, December 16, 2013

Pembaharuan Pada Blog

Assalamualaikum...

Ooppss!! Masih lagi di ofis tapi dah nak balik dah. Hehehe. Sebelum balik tu curi masa kejap update blog. Kang sampai rumah mahu letih sangat. Hehehe.

Memandangkan kita sudah hampir masuk tahun baru, aku yakin korang semua mesti ada azam tahun baru. Aku pun ada juga berazam tahun baru tapi aku cuma nak share azam aku dalam dunia blog je. Azam hidup malas nak cite kat orang. Ihiks..


Haa..sempena tahun baru yang bakal menyusul tak lama lagi, aku bercadang nak buat pembaharuan terhadap blog ni. Dari segi template, warna, dan susunan pun aku akan cuba ubah. Sebab apa? Haa..sebab aku nak improve diri aku sebagai seorang blogger. Ya la, aku kan nak mula serious sebagai seorang blogger separuh masa kekdahnya. Takkan nak dok takat tu je kan. At least aku nak ada something yang boleh dibanggakan dengan blog ni. Hehehe

So, kalau sekarang ni blog archive aku panjang berjela, aku akan cuba buat scroll bar gitu. Sama juga kekdahnya dengan bloglist aku. Kan panjang sangat tu. Aku rasa blog aku jadi berat sebab benda2 ni la kot.
Selain tu, aku bercadang nak tukar header tu. Nak buat yang baru. Tapi aci tak kalau aku nak maintain tulisan Korea tu? Sebab tu trade mark aku. Aci tak? Aci tak? Heheh
And last but not least, aku juga nak gain more followers untuk blog  ni. Tapi sebelum tu, aku sendiri kenalah jadi sangat rajin komen dan update blog tiap2 hari. Tak gitu? Okay2..itu azam aku. Kenapa aku cerita kat korang ni? Sebab korangkan sahabat blogger aku. Aku nak jadikan ia sebagai reminder supaya aku boleh improve tahun depan. Hehe.



Haa..aku dah cerita azam aku kat korang semua. Semoga azam aku menjadi la tahun depan ya. Sokongan korang amat aku harapkan. Oh ya, sebelum tu aku nak ucap terima kasih kepada korang semua yang sentiasa sudi singgah dan setia komen kat blog ni. In Shaa Allah, kalau takde apa2 halangan, tahun depan aku akan lancarkan first giveaway aku. Gigih ni kumpul hadiah sendiri. Hahahah. Beria benor cik Ainim ni kan.

Okay...till meet again


9 comments:

  1. yeahh chaiyok2..semoga pembaharuan yg dirancang berjaya..ewahh :D

    ReplyDelete
  2. dlm hati ader gak nk adjust skit blog sy tp lastly guna yg sama gak...still sukakan stail lama kot..hehehehe

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. OKAY,nmpk font dah cantik..hehehe...chaiyok! :D

    ReplyDelete
  4. ok ok header tu kena kekalkan..yang lain2 boleh gak ubah sikit2 :)

    ReplyDelete
  5. tahun baru blog pun kene baru..
    hehe..
    shark pn dlm proses jugak nie..
    tapi rasa malas pulak.

    ReplyDelete
  6. mungkin font pun perlu kot, sbb kdg2 skit kpla gak nk baca font tu...

    ReplyDelete
  7. blog akk nampak lagi kemas.. :)

    ReplyDelete

My friend say: