Sunday, December 08, 2013

Memori SS5 KL [23/11/2013] Part 1

Assalamualaikum...

Entri ni dah lama nak publish tapi tak sempat langsung. Kalau korang sentiasa visit blog aku, mesti perasan yang lately ni takde entri baru sangat. Okay. Entri kali ni tentang konsert Super Junior di Malaysia last 2 weeks. Super Junior datang ke Malaysia untuk siri jelajah dunia mereka iaitu, Super Junior World Tour Super Show 5 Live in Kuala Lumpur. Malaysia antara negara yang menjadi destinasi persinggahan konsert ni. YEAY!!!

Bila tiba hari kejadian, maka seawal jam 10.30 am aku dan kembar dah berada di Stadium Putra, Bukit Jalil. Gigih datang awal sebab kami ada la tolong sikit-sikit fan project yang kawan-kawan aku buat. Alhamdulillah, berjaya tau. Kami sempatlah juga ambil group photo dengan banner-banner khas yang direka sebagai sokongan buat beberapa member Super Junior dan Super Junior-M.

Pada konsert kali ni, penganjur sebenarnya agak strict tau. Kalau sebelum-sebelum banyak je gerai-gerai yang jual barangan cenderamata untuk konsert tapi kali ini, hanya penaja rasmi sahaja yang buka gerai. Kalau ada pun yang berjual cuma sikit je bilangannya. Malah, selain beg peribadi, hanya beg daripada penaja rasmi sahaja yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam stadium iaitu, SMTOWN dan Kyochon je la beg yang boleh bawa masuk. 


Booth yang menjual official merchandise for SS5
Standee ni kat booth KyoChon. Saja je amik gambar sebab Super Junior la kan. Hehehe
Sekitar stadium. Dah ramai yang dok menunggu depan pintu masuk stadium tu. Gigihnya la budak-budak ni ya. Dengar cerita ada yang sanggup overnight kat situ tau. Aku? Jangan haraplah aku nak buat macam tu. Baik aku dok rumah tido kat katil yang empuk. Muahahah

Haa..sementara menunggu waktu untuk masuk ke dalam stadium tu, sempatlah juga aku amik gambar sekitar stadium. Masa nilah boleh tengok gelagat ELF yang datang ke konsert. Macam-macam perangai dan gaya tau. Selain daripada tu, sempat jugalah berjumpa dengan rakan-rakan ELF yang dah lama tak ketemu.
Dengan Kak Ann. Akak ni mulanya plan nak pakai baju kurung biru tapi end up pakai baju ni je
With Cik Kembar, Blogger Nadia, Kak Ann dan Mariam
Dengan adik cantik kita, Ekalova
Ni kawan baik aku, Rina. Satu ofis juga. Hehehe. Excited kitorang bila dapat tau SS5 nak ada kat KL. 

Sementara menunggu pintu masuk stadium buka, jom isi perut dulu. Apa lagi, dengan KyoChon Chicken la kan. Hehehe. Thanks so much to Rina sebab bekalkan roti untuk aku. Ala, tersentuh hati tetiba masa tu. Heheh
Ni baru Part 1, Part 2 aku cerita pasal konsert ya. Banyak sangat gambar ni. Kang menyampah pulak korang tengok gambar-gambar ni. 

Okay...till meet again

No comments:

Post a Comment

My friend say: