Monday, December 09, 2013

Macam-macam Hal Hari ni

Assalamualaikum...

Permulaan hari ini agak baik sebenarnya. Nak jadi cerita, pagi tadi masa mak gerak untuk bangun kerja, aku boleh mengigau. Masa mak gerak suruh bangun kerja tu, aku boleh cakap ya, dah kerja. Hehehe...sebenarnya, aku mengigau, ingatkan cuti daa.. Aku rasa aku tengah mimpi aku pergi bercuti. Oh..apakah? Mood cuti masih membelenggu diri atau sebab aku sendiri yang memang pemalas nak gi keje ni? Aku rasa ada la dalam 4-5 kali jugalah mak kejutkan aku sampailah aku rasa, kenapa badan ni kena goncang banyak kali ek? So, aku gagahkan buka mata.

RUPA-RUPANYA, aku masih terlantar atas katil. OH tidak!!! Mimpi rupanya. Dalam mamai tu sempat jeling ke arah handphone. Oh, nampak wallpaper yang sangat menarik tapi  bila tengok jam, huh 6.09 am dan hari ini ialah hari ISNIN!. So, dalam kemalasan aku bangun dan duduk kejap. Termenung kejap. Ooo.. KERJA RUPANYA HARI NI. Apa lagi, capai tuala gi mandilah.

Okay..itu cerita pagi tadi. Permulaan pagi ni agak baik tapi yang tak bestnya, sebentar tadi hard disk aku corrupt. Aku dan Haziq turun ke tingkat 5 untuk buat backup gambar-gambar TCTP yang baru je berakhir minggu lepas. Tapi bila nak masuk ke PC kedua, tetiba PC tu hang dan tak pasal-pasal efek kat hard disk aku. WUAAAA!!!! Memang menangis tak berlagu aku. 

Cepat-cepat capai handphone. Hajat dihati nak call mana-mana technician IT untuk minta bantuan. TAPI, sorang pun tak berangkat. Berkali-kali aku call, siap message, sorang pun tak jawab. Ini boleh menaikkan rasa marah ni. Aku call bukan nak bersembang der, tapi urusan kerja tau tak. Tolonglah jawab kalau orang call. Kalau kata dalam meeting sekali pun, at least message la bagitau dalam meeting ke apa ke. Memang agak geram juga aku hari ni. Dah la dalam hard disk tu penuh dengan dokumen kerja dan peribadi. Kalau corrupt, hancuslah semua kerja-kerja dan data peribadi aku dan family. 

Kalau aku pandai bab-bab IT ni memang takdelah aku nak call minta tolong sesiapa. Haruslah aku buat sendiri je. Aku call pun hanya melibatkan kerja je. Hmm...

Maaflah korang terpaksa membaca bebelan aku ya. Memang aku kecewa sebenarnya sebab aku perlukan bantuan tapi sorang pun tak muncul bila diharapkan. Ini bukan kali pertama jadi macam ni. Nasiblah last week punya problem ada orang lain yang tetiba muncul untuk tolong. Kalau tak, naya je.

Aku cuba juga sabarkan diri ni. Banyakkan istighfar. Manalah tahu kot-kot orang yang diharapkan tu sebenarnya bercuti ke apa kan? I'm trying to think positive with the hope that my problem can be solved. Baiklah, sekian dulu luahan hati Cik Anim ya.

Okay...till meet again

9 comments:

  1. Dugaan di pagi hari utk pastikan anda blh senyum dlm dugaan...

    ReplyDelete
  2. jom tukar cuti..tengah bosan duk rumah je ni tak wat keje..hehe

    ReplyDelete
  3. Aduhai..sadis mendengarnya..be strong ye.

    ReplyDelete
  4. deno pula macam2 hal jaga anak buah... sabo je la..

    ReplyDelete

My friend say: