Friday, December 13, 2013

Family Trip To Sabah : Part 4

Assalamualaikum...

Kalau terlepas entri-entri sebelum ni, jemput baca y.

Dalam perjalanan pulang dari Kundasang, kami sempat singgah dideretan kedai ditepi jalan untuk membeli beras bukit. Haa..beras bukit ni memang macam-macam bentuk tau. Kalau kat Kundasang tu harga masih murah lagi tapi kalau kat KK dah mahal skit. 

Turun je dari Kundasang, kami tak terus balik ke Marina Court sebaliknya kami terus singgah di Medan Selera yang berdekatan dengan tempat penginapan kami. Kisahnya, mak dan abang long teringin nak merasa makan pisang cheese. Pisang cheese? Apakah? Seingat aku, pernah tengok seorang member ofis ni post gambar kat FB je dan dia orang Sarawak.
Waktu ketika tu hujan, jadi pergerakan kami agak slow. Kami singgah disebuah gerai untuk minum petang sambil menikmati pisang cheese. Pisang cheese tu sebenarnya pisang goreng yang kemudian ditabur dengan cheese. Kami cuba pisang cheese dan juga pisang cheese & chocolate. Harga sebekas dalam RM4 - RM 5 tak silap aku. Sebekas ada 6 keping pisang. WOW..memang sedap tau. Rasa lemak-lemak cheese tu buat pisang tu rasa sedap sangat. Lain daripada yang lain. Kalau yang chocolate tu lagilah best.

Selesai minum petang, kami bergerak ke Pasar Philippine. It's time to SHOPPING!!!! YEAY!!!! Masa ditunggu-tunggu telah tiba. Biasalah perempuan, kalau tak shopping memang tak sah. Kalau ada pun jenis bukan suka shopping macam kakak sulong aku tetap juga akan beli something sebagai buah tangan kekdahnya.

Masa masuk Pasar Philippine tu memang rambang mata bila lihat brooch yang dijual selain aksesori wanita yang pelbagai. Harga pun boleh tahan murahnya. Tambahan kalau pandai tawar-menawar lagi la dapat lebih diskaun. Hihihi. AKu ni pun boleh tahan juga kuat bargain. Janji boleh dapat harga lagi murah. 
#VMY2014
Disana aku sempat beli buah tangan untuk dibawa pulang ke semenanjung. Selain barang kraftangan, hasil laut yang dikeringkan pun banyak dijual seperti ikan bilis. So, masa kat pasar yang jual ikan kering tu, mak aku shopping sakan ko. Dah la masa beli brooch je dah banyak membeli. Shopping sakan mak kita. Hihihi. Yang seronoknya bila tengok punyalah banyak ikan kering dan ikan bilis dalam pelbagai saiz. Aku pun beli juga tapi belikan kirim Kak Alin, kawan satu unit aku. 

Selesai shopping, kami pergi ke Pasar Malam yang ada jual makanan tu. Kami beli makanan untuk makan malam. Masing-masing dah penat seharian berjalan non stop. So, malam tu sekadar lepak-lepak dicondo saja. Part 5 aku ceritakan perjalanan kitorang ronda satu Kota Kinabalu tu. 

Okay...till meet again

10 comments:

  1. lah tak pernah plak kita nampak pisang chess nie..tringin jugak nak rasa

    ReplyDelete
  2. pisang cheese kat anjung senja kan.. hihihi selalu makan sana.. sedap dan harga pun murah .. sejuk2 lagi kat laut.. ^^

    ReplyDelete
  3. seronok kan datang Sabah? nanti datang lagi ya..bole jugak jumpa cik itah ni ha hehhe

    ReplyDelete
  4. Sharina: hehe..nnt nak dtg lagi

    Asha Lya: la..lya tak perasan ya

    Amyma: haah..sedap betul. suka sgt

    Cik Itah: heheh..kalau lama dtg mmg teringin nak jumpa kengkawan blogger dari sabah

    ReplyDelete
  5. jauh perjalanan luas pengalaman...

    ReplyDelete
  6. amboi! ada part 5..hahaha...sally g melaka pun ada 4 part je :P

    ReplyDelete
  7. wahh sampai ada be continue ...ini betul2 pergi jalan2

    ReplyDelete
  8. pisang cheese?? mcm sedap je..mcm best jer...:P

    ReplyDelete
  9. bru semalam mencuba pisang cheese..tp malangnya cheese sikit sgt,,,

    ReplyDelete

My friend say: