Thursday, December 12, 2013

Family Trip To Sabah : Part 3

Assalamualaikum...

Entri percutian di Sabah bersambung lagi. Kalau belum baca lagi previous entries, jemput baca ya Part 1, Part 2.
Thank you sebab sudi komen di entri Part 2 ya. Hari kedua kami di Sabah, seawal pukul 730am kami bergerak keluar untuk memulakan perjalanan ke Kundasang. Tapi sebelum kami singgah breakfast dulu. Selesai breakfast, perjalanan kami ke Kundasang pun bermula. Yeay!!

Kundasang merupakan antara destinasi yang wajib dikunjungi kalau ke Sabah. Itu yang pernah aku dengar kengkawan cerita. Cik Kembar aku pun cakap perkara yang sama. Katanya, kalau nak merasa menikmati pemandangan dan suasana ala-ala diluar negara seperti di New Zealand, Kundasang dan Ranaulah tempatnya. Tapi untuk kunjungan ke Sabah kami kali ini, hanya Kundasang sahaja yang kami pergi.
#VMY2014
#VMY2014
Perjalanan ke Kundasang mengambil masa dalam 2 jam lebih memandangkan keadaan jalan dan trafik agak perlahan. Sepanjang perjalanan ke Kundasang tu, kami menikmati pemandangan alam semula jadi yang sangat indah. Subhanallah, besarnya kuasa Allah mencipta alam yang sangat cantik. Sangat hijau tau. Walaupun ada masanya rasa mengantuk dek perjalanan yang agak jauh tapi tidak membosankan langsung malah yang ada perasaan excited.

Sepanjang perjalanan itu juga, aku amat kagum dengan masyarakat Sabah terutama sikap mereka ketika berada di atas jalan raya. Korang bayangkan, dengan jalan yang hanya satu lorong pergi balik, apabila ada kereta yang hendak memotong dari arah bertentangan, mereka boleh berhentikan kereta untuk beri laluan kepada kereta yang memotong tu. Kalau kita di Semenanjung, confirm dah accident.
#VMY2014
Sampai je di Kundasang, destinasi pilihan kami ialah Desa Cattle Farm. Desa Cattle Farmi ni la yang ternak lembu-lembu tenusu yang macam kat New Zealand tu. Bestnya dapat jejak kaki disitu. Keluar je dari kereta terus rasa angin yang segar dan berkabus. Sungguh nyaman dan menyegarkan. Nafas pun segar je. Yuran masuk ke Desa Cattle Farm bagi dewasa adalah RM4 manakala kanak-kanak RM3.
Haa..dah bayar, korang boleh pilih nak terus masuk sehingga ke pusat jualan cenderhati Desa Cattle Farm atau pun sekadar parking kereta dan terus lihat lembu-lembu tenusu tu. Kami pilih untuk singgah dulu ke pusat cenderamata Desa Cattle Farm sebelum menikmati pemandangan dengan lembu-lembu tu. Kat pusat jualan tu ada jual magnet, poscard, keychain dan juga t-shirt. Selain tu, khusus untuk penggemar susu pula, fresh milk keluaran Desa Cattle Farm ada dijual dalam pelbagai perisa tapi haritu cuma original je ada. Selain susu, ais kerim gelato, popcorn dan makanan ringan turut dijual.
#VMY2014
Selesai bergambar disekitar Desa Cattle Farm, kami terus naik ke ladang rumput yang ada lembu tu. Masa tu lembu-lembu sedang meragut rumpu. Kumpulan lembu-lembu tu dipagari dengan pagar dawai dimana terdapat arus elektrik di sekeliling pagar tu. So, awas! Jangan pegang pagar dawai tu. Sepanjang menyusuri padang rumput tu, penuh la dengan 'periuk api organik' tau. Hati-hati sikit jalan tu jangan sampai terpijak.
Kami pun bergambar sepuas hati dengan berlatar belakang kawanan lembu tu dan juga pemandangan bukit yang indah. Satu yang aku boleh ungkapkan. BEST! Selesai bergambar tiba masa untuk pulang memandangkan hari pun dah agak lewat. Kang nak turun ke KK nanti malam pulak.

Kami singgah makan di pekan kecil Kundasang sebelum pulang ke KK. Haa..untuk Part 4 aku nak share pengalaman shopping di Sabah.

Okay...till meet again

4 comments:

  1. awan nya mencech puncak bukit . ni klu pakai baju merah , mau jatuh cinta si lembu itu padamu ... hehehee

    ReplyDelete
  2. salam. suka kat Kundasang sbb cuaca sejuk. kejap2 nak makan..hehehehe..

    ReplyDelete
  3. kita yg dok kat sabah nie tak sampai lagi kecna hihi..tak berkesempatan lagi :)

    ReplyDelete

My friend say: