Wednesday, December 11, 2013

Family Trip To Sabah : Part 2

Assalamualaikum...

Dah baca Part 1? So, kita continue Part 2 pulak ya.

Malam hari pertama kami berada di Sabah, kami sekeluarga decided nak makan kat luar. Nak makan seafood. As you all know yang Sabah ni kaya dengan pulau-pulau dan berdekatan dengan lautan, maka hasil lautnya tak dinafikan memang terbaik.

Kami keluar dalam pukul 6.20pm tapi waktu tu macam dah pukul 8.00 pm je. Gelap sungguh. Atas cadangan kembar aku, kami ke Restoran Ikan-Ikan Live Seafood. Restoran ni terletak berdekatan dengan hotel Cititel Express. Memang dekat sangat. Belakang hotel tu je. Masuk ke restoran tu teruja sangat sebab nampak ikan-ikan, udang-udang atau senang cakap, hasil laut didalam kolam kaca tu. Mak aii..lobster sikit punya besar kau. Ketam nipah yang besar-besar. Sekali ternampak udang dalam botol air. Eh pelik pulak. Rupanya itu udang lipan, dan terpaksa dikurung dalam botol air sebab kalu lepas kan dalam kolam nanti dorang bergaduh sesama sendiri. Hahaha. Udang pun rajin bergaduh ye.

Kami adik beradik memang teruja sangat nak pilih untuk makan apa. So, after discuss, kami pilih lobster, ketam nipah dan ikan kerapu. Tetapi kami difahamkan yang ikan kerapu tu pulak takde saiz yang kami nak. So, kitorang tukar kepada udang je la. Seekor lobster tu berharga RM30 bagi 100gm. Ketam pulak RM6 100gm manakala udang RM25 1/2kg. Selain lauk-lauk tu, kami ada juga cuba sayur yang hanya ada di Sabah saja iaitu, sayur manis. Dan untuk sup, kami pilih tomyam sebab senang nak masuk tekak. Hehehe

#VMY2014
Inilah sayur manis yang aku cakap tu. Rasanya memang manis dan sedap seperti makan asparagus. Dimasak goreng belacan. Rangup dan pedas-pedas sikit. Sekali pandang macam sayur pucuk paku. Bila dah makan, memang rasa lain tapi sedap. Kalau korang ke Sabah, aku suggest try sayur ni.

Ni pulak sayur campur masak dengan oyster sauce. Tak minat sangat kecuali brokoli tu. Hehehe

Taraaa!!!. Lobster masak butter. Nak bagi tau korang ni. Lobster dia memang segar. Isinya manis dan putih sangat. Cara masak dia tu memang buat korang rasa nak makan tu je. Kuah butter tu sangat creamy. Sedap sangat. Mak aku pun suka tau. Walaupun agak mahal, tapi rasanya kalau di Semenanjung, harga lagi mahal kot.

Tomyam sup untuk 7 orang makan. Sedap macam buat sendiri kat rumah. Cukup bahan dan cukup rasa. Anak buah aku cukup suka tomyam ni. Dia sorang je berapa mangkuk hirup.

Sorry gambar blurr skit. Ni ketam nipah tu. Besar tau. Ketam ni masak salteg egg yolk. Haa..masak cara ni first time aku makan. Ingat rasanya macam mana, sekali sedap pulak. Haih, aku ni dah la suka makan ratah2 gitu. Ketam ni memang antara favorite la. Isi dia pun manis dan segar. Memang berselera makan tau.

Last but not least. Ni udang pengganti kepada ikan kerapu tu. Udang ni habaq kat korang, besar-besar. Isi dia manis dan kenyal sikit. Dimasak sos pedas-pedas sikit. Sedap. 1/2 kg je pun tapi satu piring penuh. Jenuhlah juga kitorang nak abiskan udang tu. Hahaha

Makan punya makan sampai abis. Maklumlah nak membayar kang dah tau mesti keluar beratur-ratus kan. So, demi untuk tidak membazir dan disebabkan kami semua memang lapar, berjaya juga abiskan semua makanan tu kecuali sayur campur tu. Hehehe. Tapi berbaloi dengan harga yang dibayar sebab makanannya segar dan berkualiti. Dimasak pula memang sedap. Takde rasa muak pun bila makan banyak-banyak. Kepada korang yang nak berkunjung ke Sabah nanti, boleh try Restoran Ikan-Ikan Live Seafood ni. Harga memang berbaloi.

Perut kenyang hati pun senang. Punyalah lama kami makan sampai dah pukul 930pm kami bergerak pulang ke Marina Court. Badan masing-masing dah letih. Semasa balik tu aku, kaknyah dan kembar singgah di Pasar Philippine. Mak, kakak, abang lon dan aisyah pulang ke condo. Tapi sekejap je pegi. Tak beli apa pun. Balik jalan kaki je sebab dekat je pasar tu dengan condo kami menyewa. 

Berakhir Part 2, untuk Part 3 nanti aku ceritakan kunjungan aku ke Kundasang pulak ya. 

Okay...till meet again

8 comments:

  1. bestnya tengok makanan kat sane.kalau kat sini lobster susah skit kot nak jumpa...harga pun mahal..

    ReplyDelete
  2. best nampak seafood dia... actually nak sgt g sabah..tapi xkesampaian lagi..hehehe...
    \

    ReplyDelete
  3. haah sayur manis tu memang sedap macam ala2 asparagus gitu..kita tak pernah lagi makan kat cne biarpun selalu lalu kat cne ehehe..

    ReplyDelete
  4. nak ler tahu berapa harga lobster tu...macam sedap jer.....

    ReplyDelete
  5. beznye
    tringin yumida nak ke sana
    brg2 pun murah, byk mutiara kat sana
    rindu nak ke pasar mlm, mkn mcm2 macam ni...

    ReplyDelete
  6. bestnye ketam, udang & lobster tuuu...
    lapar la plak...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete

My friend say: