Wednesday, December 11, 2013

Family Trip To Sabah : Part 1

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan, aku nak bercerita tentang short vacation aku dan family ke Sabah baru-baru ini. Maaflah baru sempat publish. Seriously, hujung tahun memang terlalu busy dengan kerja pejabat. Okay..mari kita mulakan cerita.

Hari Jumaat, sehari sebelum pergi ke Sabah, aku dah mula bercuti sebab nak beli beberapa persiapan untuk ke Sabah. Tambahan pula, kalau aku tak amik cuti, confirm tak sempat nak buat persiapan. Selesai mengemas baju pun dalam pukul 1 am. Tido pun dalam dua jam je sebab pukul 4am nak kena bangun balik. Hehehe

So, seawal pukul 4am dah bangun tapi lepak-lepak atas katil. Hahaha. Punyalah letih badan. Dah siap, kami bergerak ke Putrajaya Sentral untuk ambil tren ke KLIA. Flight kami pukul 8.30am manakala kakak dan keluarga dia flight pukul 9.20am. Sampai je kat KLIA, terus check in luggage dulu. Tapi kaknyah yang buat. Aku, kembar, kakak, mak dan Aisyah pulak cari tempat makan. Kitorang breakfast kat Kopi Time. Makan nasi lemak je. Selesai makan terus gerak ke Gate A6 untuk berlepas.

Masa tu memang rasa excited sangat sebab ini kunjungan pertama aku dan mak ke Sabah. Kembar aku dah pergi tahun lepas. Kaknyah pulak lagi la kerap ke Sabah. Masuk je dalam flight, cari tempat duduk. Kembar aku dapat duduk tepi tingkap. Ala...jelesnya. Takpe,hehehe. Kami menaiki flight MAS Boeing 737. Pesawat ni lama sikit. Tapi ada juga lcd screen. Hehehe. Sepanjang perjalanan ke Sabah, kami diberi breakfast pilihan samada nasi lemak atau mee, ada kek dan juga jus oren. Penerbangan kami memang best sebab cuaca yang baik dan pemandangan langit yang indah. 

Kami sampai di Kota Kinabalu International Airport (KKIA 1) dalam pukul 10.30am. Turun dari flight terus ke kaunter imigresen untuk dapatkan 'pas lawatan'. Pas ni penting untuk membuktikan yang kedatangan kita ke Sabah dan pas ini perlu disimpan dengan baik bila pulang ke semenanjung, kita kena serah kembali pas ini di kaunter Imigresen. Kami tak terus keluar dari airport sebab menunggu kakak dan keluarganya sampai. Penerbangan kami berlainan waktu. Bila dah cukup korum, maka bermulalah short vacation kami di Sabah!

Di KKIA 1, pemilik kenderaan sewa yang kami book dah pun berada di airport menunggu kedatangan kami. En Nik Azlan namanya. Orang kelantan tapi duduk di Sabah. Kami sewa kereta Toyota Avanza yang sesuai untuk 7 orang pemandu dan penumpang. Bila dah siap sign dokumen semua bagai, maka kami pun bergerak untuk mencari tempat penginapan kami iaitu Marina Court.

Oh ya, di Sabah, kami tak menggunakan khidmat travel agent mahu pun tourist guide sebab kami pilih untuk berjalan sendiri. Abang ipar aku yang drive. Memandangkan Kaknyah, Ain dan Abang Long dah pernah ke Sabah, maka serba sedikit ada la juga idea tentang jalan-jalan disana. Lagi pun, kalau tak sure, signboard kan ada. Lebih jimat sebenarnya kalau bergerak sendiri tau.

Selepas jumpa Marina Court tu, kami tak terus check-in memandangkan belum pukul 2pm. So, kami pilih untuk makan tengahari secara simple di KFC Plaza Wawasan yang terletak berdekatan dengan Marina Court tu juga. 
#VMY2014

Berkenaan dengan penginapan kami, Marina Court Condominium terletak di tengah-tengah bandar KK dan bersebelahan dengan Promenade Hotel. Selain itu, Marina Court ni juga sangat dekat dengan Pasar Buah-buahan dan Pasar Philippine. Selain tu, ada sebuah medan selera yang juga dekat dengan Marina Court ni. SO, sangat strategik kiranya kedudukan Marina Court ni. Kalau nak ke pasar philippine tu, jalan kaki je pun sampai tau.

Selesai makan tengahari, kami kembali ke Marina Court untuk check-in. Rate bagi semalam di Marina Court ni dalam range RM360 tak silap aku. Menariknya tentang Marina Court ni, kedua-dua blok bangunan ni berlainan tuan. Kemudahan yang disediakan bagi setiap unit condo ini ialah sama seperti lengkapnya sebuah rumah. Cukup lengkap. Ada dapur dan boleh masak. Pinggan mangkuk, peralatan memasak, peti sejuk, microwave, electric kettle pun ada. Kalau nak basuh baju pun boleh sebab ada mesin basuh.
#VMY2014

Setiap unit condo ada 3 buah bilik dimana 1 master bedroom, 2 bedroom dan 2 bilik air. Setiap bilik pula lengkap almari, katil, meja solek dan juga air-cond. Setiap bilik juga disediakan tuala. Ruang tamu yang luas, ada kemudahan Astro, set sofa. Paling menarik ada kemudahan WiFi sekali tau. Oh ya, iron pun ada sekali. Semuanya berada dalam keadaan baik. Memang seronok. Ibarat seperti berada dirumah sendiri. 

So, selepas kemas baju sikit-sikit masuk dalam almari, semua pakat-pakat nak rehat. Plan petang tu nak ke Tanjung Aru tapi apa kan daya, semua keletihan jadi plan tu bertukar sekadar lepak-lepak di condo sahaja. Malam di Sabah memang cepat. Pukul 530pm dah macam pukul 7pm kat semenanjung. Agak terkejut juga sebenarnya. Hahaha.

Malam pertama di Sabah, kami keluar untuk mencari makanan yang best. Kalau di Sabah, apa lagi. seafood la kan. Haa...yang ni aku cerita kat part 2 ek. 

Okay...till meet again

11 comments:

  1. Waaa dekat dgn Centre point sudah tu.. jgn Lupa lawat tg aru.. pantai nya best tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. wah seronoknya trip ainim ke Sabah..hehe

    ReplyDelete
  3. wahhhh!!!! seronoknyer!!! jelesnyer!!!!
    teringin nk jln2 kat sabah tp xde kesempatan lg...
    cantik gak area dapur tu ek...leh try deco dapur kat umah ni (^_^)

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. enjoy kat sabah ye.. hihi bnyak tempat best kat sabah.. hihihi ^^ pergilah kat food court depan marina yg depan laut tu.. sedap2 makanan nya.. hihi

    ReplyDelete
  5. seronoknyee..tb xpernah sampai sane lg..entah xtau bile g..pakej ke sane ok kee?

    ReplyDelete
  6. teringin nak pi sabah...tahun nie dah terlepas,so ingat tahun depan...dengar cerita anim,lagi lah tak sabar..

    ReplyDelete
  7. wah aininm, bestnya baca pasal trip awak ni...hmmm....jeles kita..:)

    ReplyDelete
  8. memang nak ke Sabah jumpa anak di Sandakan...flight MAS booking berapa yea? bukan ker flight AIR ASIA lagi murah? @ how.....

    ReplyDelete
  9. salam. sy pernah mengajar di Papar selama 4 thn...dulu KK x sibuk mana. kalau gi skrg mungkin sy sesat jln kot? teringin sgt ke sana lg utk jumpa teman lama n bekas pelajar!

    ReplyDelete
  10. Salam, boleh tak dapatkan no hp kereta sewa en azlan tu...emailkan pada saya ya...ita_adeq@yahoo.com ..terima kasih

    ReplyDelete

My friend say: