Thursday, December 19, 2013

Factory Outlet Carnival [FOC] 2 - Atur cara program

Assalamualaikum...

Tak silap aku, beberapa hari lepas ada update berkenaan dengan Factory Outlet Carnival [FOC] 2 yang sedang berlangsung di Menara MATRADE, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Dah mula semalam hari Rabu, 18 Disember 2013. Karnival jualan murah ni akan berlangsung sehingga ahad ni 22 Disember 2013. 


Okay..sebelum pulang dari kerja semalam, sempat juga aku singgah untuk meninjau sekitar karnival. Dah macam nazir pulak aku jalan sensorang tengok satu persatu gerai yang menjual pelbagai produk. Dari makanan sampailah kepada pakaian dan aksesori. Kalau korang tengok mau rambang mata tambahan kalau kaki shopping. Siyes tak tipu. Ooo..lupa nak mention, Pasaraya The Store yang ambil bahagian buka gerai jualan yang terbesar tau. Memang murah-murah semua barangannya. 

Juga buat kalian parents yang sedang prepare baju sekolah anak-anak tu, FOC 2 ni memang antara pilihan terbaik sebab kelengkapan persekolahan turut dijual. Baju sekolah, seluar, kasut, bag sehingga peralatan menulis pun dijual. Jadi, memang boleh jimat duit kalau berbelanja disini. Tadi nampak ramai parents dok beli belah baju-baju sekolah budak.

Takmo cite banyak, korang baca je aturcara yang sertakan kat bawah ni ya.
Okay...till meet again

5 comments:

  1. kalau dekat bole juga pergi tapi jauh la :(

    ReplyDelete
  2. Bestnya program... kat mn ni ek? tak nampak pun kat ne tptnya. ke akak rabun... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ieta, kat Menara MATRADE, jalan Duta, Kuala Lumpur. Baju sekolah budak2 memang murah2 kak. kasut sekolah pun murah2

      Delete

My friend say: