Tuesday, December 31, 2013

Aden Edcoustic Meninggal Dunia

Assalamualaikum...

Perkhabaran sedih diterima pagi bila aku buka Facebook dan terbaca status Hazamin daripada kumpulan nasyid Inteam bahawa vocalis kumpulan nasyid Indonesia, Edcoustic iaitu Aden telah meninggal dunia semalam. Aden meninggal dunia di Rumah Sakit Al-Islam, Indonesia. Dikhabarkan bahawa arwah mengalami sakit perut yang serius dan sebelum itu terlantar dihospital.

Aku sempat juga cari berita pemergian arwah di SINI dan SINI
Agak mengejutkan buat aku kerana aku salah seorang pendengar muzik kumpulan ini. Aku suka dengan lagu-lagu ciptaan dan juga nyanyian kumpulan ini. Bagi korang yang selalu dengar lagu nasyid, aku yakin paling tidak korang akan pernah dengar juga lagu Edcoustic ni. Edcoustic ni ada buat kolaborasi dengan kumpulan Inteam menerusi lagu Kau Ditakdirkan Untukku. Lagu ni memang best sangat. 

Doaku semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang Soleh. Daripada DIA kita datang dan kepada DIA juga kita kembali. 

Ni ada video lagu Kau Ditakdirkan Untukku. Sedih pulak aku dengar lagu ni.. Al-FATIHAH


12 comments:

  1. al-faatihah untuk arwah..mga ditempatkan dia kalangan orang yang beriman..insyallah..amin

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah.. Salam Takziah kepada keluarga beliau..

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah..salam takziah buat kluarganya..ajal maut semua d tangan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Asha, semoga roh arwah berada dikalangan orang yang Soleh

      Delete
  4. Semuga segala amalannya diterima olehNYA...

    ReplyDelete
  5. salam takziah buat keluarga beliau...

    ReplyDelete
  6. Al fatihah... baru tadi terbaca ada yang post berkenaan twitter arwah beberapa bulan lepas... sedih :(

    ReplyDelete
  7. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.....drpd Allah kita dtg kpd Allah juga kita kembali cepat atau lambat pasti ia tetap dtg....salam takziah tuk kluarga Aden Edcoustic...smgo rohnya ditmptkan dlm klnga org2 beriman....terasa sedih kehilangannya

    ReplyDelete
  8. inna lillahi wa innailaihirajiun
    al-fatihah

    ReplyDelete

My friend say: