Monday, November 18, 2013

You Are Loved (Don't Give Up) Music Video

Assalamualaikum...

Masa aku up entri You Are Loved (Don't Give Up) petang tadi, ada beberapa rakan yang komen tak pernah dengar lagu ni. Lagu ni sebenarnya dah lebih kurang 4 tahun jugalah. Tapi tak silap aku first time aku tonton video ni di TV2. Masa tu dah lewat malam. Aku tertarik dengan lagu ni sebab liriknya yang penuh message positive. Aku ni kurang minat skit ngan lagu-lagu barat sebab kebanyakkannya buat sakit telinga aku mendengar. Hihihi. Tapi Westlife, BSB tu ada pengecualian ya. Bila aku mula dengar lagu You Raise Me Up, aku dah tertarik dengan Josh Groban. Tapi minat tu takdelah macam aku minat kat Westlife bagai. 

Tapi lately ni aku rasa best je dengar lagu-lagu Josh ni sebab tenang je dengar kat telinga. Hihihi.. Okay..berbalik kepada entri siang tadi tu, aku nak share dengan korang music video  You Are Loved (Don't Give Up) ni. Manalah tau kalau-kalau korang pun akan tertarik dengan lagu ni juga. 

Selamat mendengar

No comments:

Post a Comment

My friend say: