Monday, November 04, 2013

Tahniah Pahang

Assalamualaikum...

Haa..jangan terkejut kalau aku cakap sikit pasal bola. Walaupun korang semua kebanyakkannya dah up entri keputusan Piala Malaysia, tapi aku nak juga sibuk walaupun takde kena mengena ngan aku. Aku tak sokong mana-mana pasukan sebab aku tak minat bola pun. Aku ni orang Perak. Cumanya aku ada sedara orang Kelantan dan juga orang Pahang. Hahaha..

Tapi aku nak ucapkan tahniah buat Pahang kerana berjaya menamatkan penantian 21 tahun untuk rangkul kembali piala paling berprestij di Malaysia ni. Aku tak tengok pun match semalam. Cumanya bila dengar jiran tetangga dok terjerit-jerit terpekik terlolong, aku terus cakap kat mak tukar channel TV1 jap. Gitu kan. Okay..Pahang dan sumbat 1 gol rupanya. 

Bila perlawanan berbaki 3 minit tu, mak aku selamba je cakap, "Kan mak dah cakap, Pahang mesti menang tahun ni". Aku ni terpinga-pingalah. Rupanya kembar aku cakap, mak mimpi Pahang menang. Apa kes? Hahaha..

Cuma satu je, aku harapkan yang jaringkan gol tu adalah pemain tempatan tetapi takpelah, mungkin percaturan mereka berbezakan. Hehehe.

Apapun, Tahniah buat Pahang dan juga Kelantan kerana berjaya mara ke final ya.

IKLAN

8 comments:

  1. walaupun akak tak tengok kan...tapi tahniah kepada pasukan bola sepak Pahang Darul Makmur...Pasukan Kelantan tahun akan datang cuba lagi... *_^

    ReplyDelete
  2. kelantan main x bersemangat lansung..apa pun tahniah buat pahang :)

    ReplyDelete
  3. tahniah buat pasukan Pahang...

    ReplyDelete
  4. Wah.. Mak pun de firasat ea.. Heee...

    ReplyDelete
  5. dgn penuh bangga sally cakap dgn uncle sally kelantan menang, ttbe tak menang...mmg kena bahan kaw-kaw dgn dia -___-''

    ReplyDelete
  6. deno tengok bola smlm kan, nampak pahang byk buat serangan.. kelantan main mcm pelik je... huhu

    ReplyDelete
  7. bestkan tgk final.siap tok ti pi tu. hihi

    ReplyDelete

My friend say: