Saturday, November 02, 2013

Nervousnya

Assalamualaikum...

Kembali bersiaran. Dari semalam langsung tak dapat nak update blog. Jangan kata update, blog walking pun tak sempat. Sebenarnya, semalam memang sibuk dipejabat dari awal pagi hingga ke petang sampai rehat pun tak sempat nak makan. 

Lewat petang dalam pukul 6 lebih aku ambil sedikit masa untuk check emel ofis dan juga gmail. Mak aiii..banyaknya emel sampai tak tahu mana satu nak baca. Dalam banyak-banyak emel ni, satu emel yang paling menarik perhatian aku. Emel daripada SEDA Malaysia mengenai blogger guidelines. Ahad dua minggu lepas kan aku ada pergi SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop di Berjaya Times Square Hotel. So, kiranya emel ini adalah susulan perkembangan mengenai bengkel yang aku pergi hari tu la.

Sesungguhnya aku memang nervous nak menaip article mengenai SEDA Malaysia. Bukan apa, sebab aku takut juga salah info ke apa ke kan. Aku takut jugalah mana tau korang readers blog aku ni tak faham apa yang aku cuba sampaikan. Hehehe. Tu yang aku nervous tu. 

Cuma yang buat aku sedikit yakin ialah bila risalah-risalah dan buku-buku informasi yang SEDA Malaysia bagi masa bengkel hari tu aku boleh buat jadi rujukan. Selain itu, aku harap dengan adanya kawan-kawan blogger Kak +Mia Liana dan juga +Sally Samsaiman dapat membantu aku dan saling bertukar idea untuk terbitkan article berkenaan. 

Aku harap korang boleh beri sokongan kepada aku dan rakan-rakan aku yang akan menulis untuk SEDA ni ya. Baiklah..aku sebenarnya nak mulakan aktiviti research pasal article yang aku nak tulis. Sambil-sambil blog walking. Rindu nak jejaki blog korang. 

Okay...till meet again

8 comments:

  1. huwaaaaa...sama.....blank kejap nk tulius ape...takde idea :(

    ReplyDelete
  2. good luck ainim n sally :) u can do it. chayyok

    ReplyDelete
  3. do the best ainim..pasti boleh ;)

    ReplyDelete
  4. hihi...adik akak pasti boleh...hihi..try je google..cari fakta...

    ReplyDelete
  5. selamat menulis artikel pasal SEDA...

    ReplyDelete

My friend say: