Sunday, November 10, 2013

Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com

Assalamualaikum...
Blogger Malaysia Bantah AshleyMadison.com
First and foremost, thanks so much to Bro HH sebab alert dengan isu-isu semasa yang aku sendiri pun tak tahu. Terima kasih juga kerana buat Segmen khas sebegini dalam usaha untuk menyekat penularan laman web berasaskan penzinaan ini.

Sebagai seorang Muslim khususnya, dan sebagai orang timur amnya, kita dikenali sebagai masyarakat yang penuh dengan adab kesopanan dan sebagai seorang Islam, zina itu sudah jatuh haram hukumnya. Jika kita biarkan laman web ini berleluasa tanpa ada penyekatan, maka ianya akan makin berleluasa. Sedangkan sekarang ini sahaja sudah banyak laman blog yang terang terangan menyebarkan perkara-perkara zina tanpa kita sedar.

Aku berharap agar laman web zina ini tidak akan mendapat akses di Malaysia dan berharap pihak berkuasa negara kita mengambil tindakan yang sewajarnya dalam hal berkaitan.

Mari bersama-sama kita sertai segmen membantah pelancaran laman web ini.

IKLAN

No comments:

Post a Comment

My friend say: