Thursday, November 07, 2013

Akhirnya ambil juga

Assalamualaikum...

Sudah lewat petang ni. Korang dah sampai rumah? Aku belum lagi. Ada kat ofis lagi  ni. Sekejap lagi baru pulang. Semalam dan hari ni, agen insurans bagi CUEPACS datang buat promosi insurans CUEPACS Care dan CUEPACS PA di menara ni. Aku hanya berkesempatan untuk pergi ke booth CUEPACS pagi tadi. 

CUEPACS PA

Sebelum turun ke booth tu sempat bertanya rakan-rakan yang dah biasa dengan insurans. So, setelah berbincang, aku decide nak ambil kedua-dua jenis plan insurans ni untuk kebaikan masa hadapan. Sebenarnya ni memang kali pertama aku ambil insurans sepanjang aku bekerja. Aku ni tak arif bab-bab insurans ni. Dah alang-alang agen CUEPACS datang dan ada juga promosi, baik terus je sign up kan.

Banyak juga faedah menarik yang ditawarkan. Lagipun eloklah kalau ada insurans ni. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, at least ada something untuk mak aku.

Okay...till meet again.

IKLAN

4 comments:

  1. ada insurans cuepacs ek...akak baru tahu....

    ReplyDelete
  2. Nanti share lebih lanjut..nk tahu jugak nie..mcm best jerrr..mcm best jerrr.. =D

    ReplyDelete
  3. Nnt share lah apa kelebihnnya..

    ReplyDelete

My friend say: