Wednesday, October 09, 2013

Tips Elak Mengantuk Ketika Bekerja

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua. Dah makan? Alhamdulillah..hari ni aku makan ayam goreng sebab teringat Upin & Ipin.  Okay..bila perut dah kenyang, mata pun mulalah layukan. Itu aku selalu alami. Kadang tu tengah menaip boleh terlelap. Adoi la. Nasib tak kantoi dengan bos.

Ha..kat sini aku nak share tips untuk elak mengantuk ketika bekerja. Baca tau jangan tak baca.

  • Hampiri kawasan bercahaya
Sekiranya terlalu mengantuk korang boleh la mencari tempat yang terang contohnya pergilah ambil cahaya matahari dekat tepi tingkap. Dapatlah menyegarkan mata kita yang mengantuk tu.
  • Basuh muka
Selalunya ini lah perkara pertama yang terlintas bila korang mengantuk kan? Tapi orang pompuan mesti pikir 2-3 kali nak cuci muka. Biasa la kalau g ofis mesti make up kan, takkan la nak basuh make up camtu je tapi cara ini sangat berkesan.
  • Wangian aromaterapi
Minyak wangi atau wangian aromaterapi juga dapat mengurangkan rasa mengantuk. Bau-bauan yang segar dipercayai dapat meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk anda. Antara bauan yang sesuai adalah ‘mint’ dan lemon.
  • Dengar muzik/radio
Muzik juga boleh menghilangkan rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jangan lah pulak korang dengar muzik yang buatkan korang terlena pulak. So, tak salahlah kalau korang bekerja sambil dengar muzik/radio asalkan tak buat korang leka sampai tak buat kerja.
  • Senaman ringan
Cara ni paling berkesan rasanya, senaman ringan maksudnya korang gerakkan anggota badan cam kaki dan tangan. Cara paling mudah turun naik tangga, sure hilangkan rasa mengantuk.
Okay...till meet again
p/s: Tak sempat nak mengantuk sebab banyak sangat kerja

Info source: wowberita.org & smp.townplan.gov.my

13 comments:

  1. bagus tips nie..akak akan ikut disebabkan akak selalu jugak ngantuk dlam office..

    ReplyDelete
  2. sally jarang sgt mengantuk kat office...xtau la..hehehe.. :P

    ReplyDelete
  3. Bagus2 hehe nad slalu ngantuk dlm kelas sobs sobs

    ReplyDelete
  4. bagus tips ni...leh ikut kalau rasa mengantuk bila buat kerja :)

    ReplyDelete
  5. hehehe... cik azue plak.. kalau dah mengantuk.. semua tak jalan,.. yg jalan adlah take 5 minits deep naps... kadang dlm 3 mins ajer pun dah cukup n pastu dah fresh balik...

    ReplyDelete
  6. Bagus tips ni...thanks share yer

    ReplyDelete
  7. kiter salu ngntok time ada bos ja klo bos xda mata pon cerah ja

    ReplyDelete
  8. akak dah penah wat tip yg senaman ringan tu..tp xmaunya gak..klu dah ngntuk sgt tu mmg x jln lee..huhu..kene gak tdo wlu 5min je

    ReplyDelete
  9. wah bagus ni..blh la praktikkan bila ngantuk tu dtg

    ReplyDelete
  10. boleh gunakan nie ..acik kadang tertido masa kuliah ...hahaa

    ReplyDelete
  11. Basuh muka dan basuh skali leher.
    lg rasa fresh:-)

    ReplyDelete
  12. jrang ngntuk mklumlah sllu berjalan kna..hehe

    ReplyDelete
  13. bagus semua tips ni.. untuk student pun boleh amalkan juga ketika kuliah ke..

    ReplyDelete

My friend say: