Wednesday, October 09, 2013

STATS RUN 2013

Assalamualaikum...

Bertemu lagi. Kali ini aku nak share mengenai satu larian anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia yang dinamakan STATS RUN 2013. Larian ini adalah salah satu daripada program yang diadakan bersempena dengan sambutan Tahun Statistik Antarabangsa (International Year of Statistics ) 2013 atau akronimnya IYOS 2013.

Maklumat lanjut program adalah seperti didalam gambar ni. Larian ini terbahagi kepada tujuh kategori iaitu A-G dimana dipecahkan mengikut kategori Terbuka Lelaki dan Wanita, Veteran Lelaki dan Wanita, Lelaki dan Perempuan VVIP dan juga Fun Run. Haa..yang Fun Run tu memang aku minat sangat dah. 3km je kot. Untuk orang yang dah lama tak berlari cam aku ni, eloklah join yang Fun Run tu je. Bagi kaki ni biasa balik berlari.
Berminat tak nak join larian ini? Kalau berminat dan ingin tahu dengan lebih lanjut lagi, sila layari laman web program. Klik je banner kat bawah ni. Aku ada sertakan sekali link untuk Borang Pendaftaran. Ehem...kalau pergi larian tu roger2 ya.


IKLAN

2 comments:

My friend say: