Monday, October 14, 2013

My Simple Lunch

Assalamualaikum...

Dah makan tengah hari? Ke berpuasa sunat hari ini? Alhamdulillah. Aku tak dapat berpuasa hari ini. Rehat tadi keluar sekejap kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Memandangkan kebanyakkan orang dah start  bercuti, maka urusan aku selesai agak cepat hari ini. Jalan pun tak jem. 

So, inilah simple lunch untuk aku hari ini. Waffle coklat + peanut butter dan ABC. Wah..bukan senang nak tengok aku minum ais kacang ni tau sebab bajet konon-konon tak berapa suka minuman manis. Eh eh, hari ini sugar rush sikit. So, 'terbeli' pulak ABC. Ahahah. Sedap juga, siap request nak kacang lebih. Suka hati je kan. Nasib akak tu melayan. Kalau tak, mau kena jeling. kekeke...

Alhamdulillah, kenyang betul perut makan waffle dan ABC ni. Sekarang terus semangat buat kerja. Plan nak balik lambat siapkan kerja-kerja yang patut. Harap menjadilah plan tu. Okaylah..sekian dahulu ya. Oh ya, blog walking session masih berjalan since pagi tadi hingga saat ini. Kepada yang aku belum singgah lagi tu, dalam masa terdekat aku bertandang ke blog kalian. 


Okay...till meet again

7 comments:

  1. kita puasa...tapi wafer tu nampak sedap :)

    ReplyDelete
  2. i suka simple entry macam ni :)

    Anyway, hi! Blogwalking here :)

    ReplyDelete
  3. Dah lama akak tak makan...sedapnya..

    ReplyDelete
  4. mmg simple nie. akk diet ke? hehe

    ReplyDelete

My friend say: