Thursday, October 24, 2013

#ChurpOut2013

Assalamualaikum...

Event ni dah hampir seminggu berlalu tapi aku baru je sempat update entri ni. Maaflah lewat ya. Sebelum ini aku ada cerita dibeberapa entri bahawa aku akan pergi ke #ChurpOut2013 yang berlangsung pada 19 Oktober 2013. #ChurpOut2013 - A Street Fair With Cause.
Muka excited nak jenjalan
So, seperti yang telah dirancang, Sabtu hari kejadian, aku, Cik Kembar dan juga kawan kembar aku, Nadia pergi bersama-sama ke Setia City Mall. Kembar yang drive sebab bawa kereta dia. Aku dan Nadia ikut je la. Tapi yang bestnya, kitorang masing-masing blur jalan nak ke Setia City Mall tu. Guna GPS pun tak membantu sangat. Apahal aku tak tau. Kami sesat sana sesat sini sehinggalah masuk ke kawasan perumahan kakak sepupu aku tinggal di Bukit Jelutong sana tu. Giler menyimpang. Setelah berpusing sana sini, Alhamdulillah, kami jumpa juga arah sebenar nak ke Setia City Mall tu dan berjaya dengan selamatnya.

Sesampai je di Setia City Mall, kami terus menuju ke tempat berlangsung event di Outdoor Park, Setia City Mall. First, kenalah register dulu. Tapi senang je sebab kami dah pre-registered dilaman web ChurpOut2013 ni. So, secretariat dia terus je scan QR Code tu dan kemudian cop tangan kami. Selain itu, kami turut diberi goodies berupa keropok Mr Potato, Mamee, minuman berperisa green tea dan juga sekeping fail yang berisi kupon dan voucher.
Booth Mr Potato
Setelah selesai urusan dikaunter pendaftaran, booth pertama yang kami kunjungan tak lain tak bukan ialah KyoChon Chicken. Kenapa situ kami pergi? Haa..sebab kedudukannya yang paling hampir dengan kaunter pendaftaranlah. Hahaha. Kami bertiga ni kebetulan masing-masing sedang lapar sebab tak breakfast lagi. Jadinya memang sesuai sangatlah pergi ke booth makanan dulu kan. Actually, booth tu lebih kepada style pop up store. Ramai pengunjung yang datang ke pop up store Kyochon ni. Maklumlah, yang jadi spokeperson KyoChon chicken ni Super Junior. Haruslah ELF ramai yang sanggup datang sebab nak rasa ayam goreng versi Korea ni. Nasib halal. Pada hari tersebut terdapat 3 jenis perisa ayam yang dijual dengan flat rate, RM10. So, kami beli jelah bagi legakan perut yang lapar.

#ChurpOut2013 ni banyak aktiviti menarik yang dijalankan. Selain jualan makanan dan pakaian, ada juga booth The Star tak silap aku, yang berkempen untuk hentikan buli. Selain itu, ada juga booth yang mana kita boleh amik gambar dan juga booth yang kita boleh request orang lukis gambar kita kat kertas yang boleh dilipat-lipat jadi kotak. Heheh. Sorry ya kawan-kawan, aku terpaksa pendekkan entri ni sebab banyak je yang aku tak cuba dan aku balik cepat sebab kembar kene kerja. So, aku dan kembar hanya sempat pergi ke game booth untuk cuba permainan dart. Selebihnya Nadia yang main. Ada churpbungee, ada cheerleaders dan banyak lagi tau.

So, apa kata, dari korang dok baca panjang-panjang entri ni dan rasa bosan, meh layan gambar-gambar yang aku attach kat bawah ni.

Kat booth Mr Mamee yang boleh main game
Pop up store KyoChon Chicken yang menjadi gerai paling hangat hari tu.

Antara gerai makanan yang ada
Mamat ni sedang print gambar aku dan kembar
Cheerleaders group sedang stand by nak buat persembahan

Booth The Star dengan kempen, Stop Bullying 
Kembar sedang beratur dapatkan ayam KyoChon

Onigiri yang sangat sedap

Inilah hasilnya beli KyoChon.

Acara ChurpBungee


Nilah gambar yang aku maksudkan tu. Free je ambil gambar tu, pastu dorang print bagi kat kita.


Okay...till meet again
IKLAN

6 comments:

  1. wah beshnyewwww... tingin nye nak kyochon chicken tu.. arghhh... !!!!

    ReplyDelete
  2. Fariah, KyoChon chicken grand opening dgr kata 24 nov ni after ss5 msia. hehehe

    ReplyDelete
  3. Fariha la kak.hehe..oh blm lg ke..ingtkan dh bkk dh..hehe

    ReplyDelete
  4. Fariha la kak.hehe..oh blm lg ke..ingtkan dh bkk dh..hehe

    ReplyDelete
  5. WOW..bestnya dpat join event nie...ada lagi tak gambar churpout nie,kasi out semua..nak tengok..

    ReplyDelete
  6. wah bestnyaaaa...!! kalau dekat mesti deno nak g jugak^^

    ReplyDelete

My friend say: