Monday, October 07, 2013

Biskut Coklat Berkrim Apollo

Assalamualaikum...
Actually, aku tengah susah hati ni sebab transponder kereta aku misplace. Aku tak ingat mana aku letak lepas kereta aku accident bulan Julai lepas. Aduh..pening aku nak cari kat mana ni. Kalau hilang, RM150 kot kena bayar balik kat management. Aduh aduh
Tapi aku tetap nak bercerita pasal biskut Apollo ni. Ni biskut dari zaman aku kecil lagi. Biskut ni memang banyak bagi kenangan kat aku. Maklumlah, zaman dulu2 biskut ni kira memang sedap sesangatlah. Kalau pegi kedai runcit mesti nak beli.
Zaman aku kecil tahun 90-an, biskut ni cuma berharga 30sen je sepeket. Dalam satu paket ada 4 batang. Ada macam-macam perisa seperti coklat dan strawberry. Tapi favourite aku haruslah coklat kan sebab aku sangat dengan coklat. Eheheh. Bila petang masa main ngan kengkawan mesti minta mak duit sebab nak beli biskut ni.
Kadang tu aku guna je balance duit belanja sekolah yang masih ada saki baki tu. Selalunya aku beli dua paket sebab satu mana cukupkan. Hahaha. Bila dapat beli tu puas sangat dah hati ni. Ye la..dulu zaman aku susah ni je la yang mampu belikan.hihihi
TAPIKANNNNN...... Zaman sekarang ni biskut ni dah naik harga tau. Kat Coop ni 40 sen sepaket dan isi dalam pun dah kurang satu. Isk isk isk. Ada tiga batang je. Alahai...harga naik tapi isi kurang. Camane tu? Nasib rasa biskut ni masih seperti dulu. Kalau tak sumpah takmo beli.
So, jumaat lepas sempat singgah coop aku beli biskut ni 4 paket. Alhamdulillah..rindu giler nak makan biskut no. Okaylah..setakat disini dahuli ye.
Okay...till meet again

11 comments:

  1. time raya akak suka singgah dkt kilang apollo nie..puashati beli banyak..

    ReplyDelete
  2. Sedap.suka gak biskut ni. Satu paket mmg xcukup

    ReplyDelete
  3. peberet yumida ni
    sedapkan yg brand apollo tu
    mkn 1 x cukup, nak peket besar tu

    ReplyDelete
  4. Sedapnya... Lama tak makan...

    ReplyDelete
  5. iklannya pun menarik...
    hihihihi

    ReplyDelete
  6. betol tu ainim. memang dah naik harga dah, pastu kalo keropok plak makin sikit hurmm ..

    ReplyDelete
  7. alahai biskut ni dah lama tak makan...

    ReplyDelete
  8. walaupun dulu hrganya murah, nak beli fkir bnyk kali sebab bukan ada duit sangat.. tp kalau budak sekarang ni, bg apollo ni, xde nak pndang kan..

    ReplyDelete
  9. dekat uitm nie ada je jual hehe selalu beli tuk makan pagi^^

    ReplyDelete

My friend say: