Thursday, October 24, 2013

Bertemu Rakan Blogger

Assalamualaikum...
Hujung minggu lepas sangat meriah buat aku. Dipenuhi dengan aktiviti yang sangat meriah. Paling menarik, bila semasa menghadiri aktiviti tu, sempat aku bertemu dengan beberapa orang rakan blogger. Alhamdulillah, setelah hampir sekian lama berkenalan melalui blog, dapat juga peluang untuk berjumpa.

Siapa yang aku maksudkan itu ya? Haa.. Semasa aku pergi ke program #ChurpOut2013 di Setia City Mall sabtu lepas, aku berjumpa dengan blogger comel Ayu Jean a.k.a. AJ. Actually aku dah plan nak jumpa AJ. Aku dan AJ dah siap2 exchange no handphone. Nak jadi cerita, handphone aku buat hal la pulak hari tu sampaikan aku terpaksa restart beberapa kali. Jadinya, tweet AJ pun aku tak dapat. Tapikan kata orang kalau dah rezeki nak berjumpa tu, ada je jalan.


Masa masuk ke dalam Setia City Mall, aku duduk digerai Gelato Fruity dan secara kebetulan, blogger Nizamijam pun duduk area situ juga. AJ pula memang dah berjanji dengan Nizam. Alhamdulillah, aku cam AJ dan AJ pun cam aku. Disitulah kami berjumpa. Seronok dapat jumpa AJ. Comel dan ramah orangnya. Sempatlah juga berbual beberapa ketika sebelum AJ meneruskan program beliau. Haa..okay bergambar itu wajib ya. 



Keesokkan harinya, aku menghadiri sebuah bengkel anjuran SEDA Malaysia. Disitu pula aku bertemu dengan dua blogger iaitu kakak femes kita, siapa lagi kalau bukan kak +Mia Liana dan juga +Sally Samsaiman . Sally ni memang aku yang ajak dia join bengkel ni. Gigih aku gi tanya sekretariat SEDA samada boleh bawa kawan ke tak. Kak Mia pula aku dah tahu bila beliau inform dalam salah satu entri blog beliau. 

Mula-mula jumpa Sally tu, terus rasa cam dah kenal lama. Sally ni peramah sesangat orangnya. Kak Mia pula yang tegur kami dulu tau. Peramah sangat Kak Mia. Walaupun itu kali pertama berjumpa, tak kekok pun sebab Kak Mia dan husband beliau sangat peramah. Kami juga berada dalam group discussion yang sama semasa workshop tu. 

Selesai workshop, kami makan tengahari direstoran hotel. Disitulah kami berbual sakan seperti kenalan lama. Seronok berbual sambil makan-makan sehingga tak sedar sudah lewat jam 3pm. Hehe. Banyak yang kami bualkan. Ada juga Kak Mia selitkan ilmu blogging untuk aku dan Sally. Oh ya, seronok tengok Kak Mia update blog setiap masa. Aku pun teringin nak jadi macam Kak Mia. 

Kami bersurai hampir pukul 4pm. Kak Mia dan husband pulang ke Johor petang itu juga. Sally pun ada temankan Kak Mia dan abg Mail semasa dalam train. Pertemuan sekejap itu tetap beri memori indah buat kami. Insha Allah, andai ada masa, aku teringin nak jumpa mereka-mereka ini lagi. Terima kasih kepada AJ, Sally dan Kak Mia yang begitu baik sekali. Baiklah, sekian dahulu

Okay...till meet again

13 comments:

  1. seronoknya dapat jumpa blogger lain.

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat jumpa rakan bloger :)

    ReplyDelete
  3. wah seronok dpt jumpa rakan blogger..untung sangat kan..:)

    ReplyDelete
  4. I shouldn't comment here...huwaa...I should prohibited from seeing my blog and blogwalking! hahaha...tp dalam hati rasa macam kena bukak jugak..ohh...rupanya ada org cerita pasal kita..hikhikhik....

    gtg...love yaaa! ^_^

    ReplyDelete
  5. seronok dapat jumpa ainim... tak kekok untuk berborak sakan... leh jumpa lagi lain kali..

    ReplyDelete
  6. best la kan dpt jumpa sahabat blogger ...

    ReplyDelete
  7. Lieya: Memang best sangat Lieya. Nnt kalau turun KL cakaplah ya

    Kisah Si Diary: Nanti ada peluang kita jumpa ya kak

    Asha: memang best.

    nanakimie: hehe..best sgt

    Fizi: memang untung sangat Fizi

    Sally: Oh my dear, batuk tak? Hehehe

    Mia Liana: Insha Allah kak, harap dapat jumpa akak lagi ya

    harumankasehvee: betul tu. mmg best.

    ReplyDelete
  8. Hello I'am Chris From France!!
    This is not a "spam"
    Assalamualaikum
    You Have A Wonderful Blog Which I Consider To Be Registered In International Blog Dictionary. You Will Represent Your Country
    Please Visit The Following Link And Comment Your Blog Name
    Blog Url
    Location Of Your Country Operating In Comment Session Which Will Be Added In Your Country List
    On the right side, in the "green list", you will find all the countries and if you click them, you will find the names of blogs from that Country.
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
    Happy Blogging
    ****************
    You can forward this invitation to your friends

    ReplyDelete
  9. ekspo tu tak tau sempat tak g,hee...tapi insyaAllah ahad ni konvo nana:)

    ReplyDelete
  10. Wah. Best bertemu rkn blogger...

    ReplyDelete
  11. bestkan bila dapat berjumpa dengan blogger.. agaknya bila deno dapat jumpa akak... hihi^^

    ReplyDelete

My friend say: